Pekerja KFC Pengotor.

Aksi Pekerja KFC Pengotor

Aksi pekerja KFC pengotor mengelap minyak yang terkeluar dari deep fryer dan memerahkan semula kedalam deep fryer tersebut.

Perbuatan Melampau Pekerja KFC Pengotor.

Terperanjat KM tengok video pasal Pekerja KFC Pengotor nie. KM dah beberapa hari terbaca post dari blogger tentang kes nie. Ini dah kes berat. Pasal harga boleh letak tepi lagi. Tapi bila dah melibatkan kebersihan makanan, siapa yang boleh terima.

Pada 1 Julai 2011, KFC Malaysia telah mengeluarkan statement berikutan aksi pekerja KFC pengotor tue. Kalau korang baca statement tersebut macam kita balik yang bersalah. Kononnya nak mengaibkan diorang. Korang boleh tengok sendiri video dan baca statement tersebut. Maleh KM nak komen panjang-panjang.





Kenyataan Rasmi dari KFC Malaysia Berhubung Pekerja KFC Pengotor

Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.

Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.

KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.

Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.

Pengarah Urusan

KFC Holdings (Malaysia) Bhd

Source : Facebook KFC Malaysia

P/S : Apa pendapat korang tentang isu pekerja KFC pengotor nie?.

909 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

6 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. KM says:

    Buat sendiri kat rumah ajelah….

  2. ohcikgu
    Twitter:
    says:

    apalah nak jadi dengan diorang nih..takde kerja lain ke..

  3. budak69 says:

    Salam,

    Klu mcm ni la dorang buat kerja… kesian pada org yg makan tu… sy dah la peminat ayam KFC… hermmm buat tukar selare jer.. makan nandos plak la… hermmmmm

  4. akubiomed says:

    Pihak pengurusan KFC perlu mengambil langkah dengan cepat untuk membersihkan imej mereka yang sudah tercalar

  5. saiful says:

    kalau semua pekerja kedai makan/makanan segera(tak kisahla apa syarikat pun) buat camni,dah tentu kena tutup kedai.Pekerja sanggup buat khianat sebab kompeni bukan milik keluarga mereka.Kalau mak bapak diaorg punya dah tentu tak buat.Sia-sia je bekerja tapi tak ikhlas/khianat.

  6. Norizwan says:

    aduh…pengotor betul la…dah ler feveret aku sejak kecik lagi…sebelum ni pun ada kes juga…ayam tak cuci ngan betul, pelanggan complain nyaris-nyaris termakan najis….

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top