Pasukan Harimau Muda Malaysia Tewaskan Garuda Muda 1-0

Pasukan Harimau Muda Malaysia

PENYERANG Pasukan Harimau Muda Malaysia , Izzaq Faris Ramlan dikawal rapi oleh pertahanan Indonesia, Seftia Hadi (kiri) pada pertemuan di Jakarta malam tadi.

Pasukan Harimau Muda Malaysia Juara Kumpulan A Tewaskan Indonesia 1-0

JAKARTA – Panas, dramatik dan penuh mendebarkan!

Itu yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi yang menyaksikan Pasukan Harimau Muda Malaysia berjaya membenam ego Indonesia hasil kemenangan 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan A temasya Sukan SEA 2011.

Kemenangan tersebut menyaksikanPasukan Harimau Muda Malaysia mara ke saingan separuh akhir apabila mengungguli Kumpulan A dengan mengumpul sepuluh mata – satu mata di hadapan Indonesia yang turut menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik pada temasya kali ini.

Jurulatih Pasukan Harimau Muda Malaysia Diarah Tinggalkan Padang.

Namun yang paling mencuri tumpuan pada aksi malam tadi ialah apabila jurulatih Pasukan Harimau Muda Malaysia, Ong Kim Swee diarahkan meninggalkan bangku simpanan pemain pada minit ke-68 selepas beliau didakwa mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan, Fahad Alkassar dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Tampil di hadapan hampir 100,000 penyokong fanatik Indonesia, Kim Swee menurunkan kesebelasan terbaiknya dengan Mahali Jasuli, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Asraruddin Putra Omar terus diberi kepercayaan berada di benteng pertahanan, manakala Khairul Fahmi Che Mat kekal menjaga gawang Harimau Muda.

Bahagian tengah pula dijana kapten Baddrol Bakhtiar sambil dibantu empat pemain – Mohd. Irfan Fazail, Mohd. Fandi Othman, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Muhd. Nazmi Faiz Mansor sementara Izzaq Faris Ramlan bergerak solo di jentera serangan.

Sang Garuda Muda pula tidak menurunkan beberapa tonggak utamanya dalam kesebelasan utama seperti penggempur berbisa, Patrich Wanggai dan Octovianus Maniani.

Seawal minit keempat, Baddrol terlebih dahulu menguji benteng Sang Garuda Muda yang diterajui penjaga gol, Andritany Ardhiyasa. Bagaimanapun, rembatan Baddrol dari luar kotak penalti berjaya dinafikan Andritany.

Ketika perlawanan baru memasuki minit ke-14, pemain sayap lincah, Wan Zaharul Nizam terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan dan tempatnya digantikan oleh Syahrul Azwari Ibrahim.

Baru tiga minit berada di tengah padang, Syahrul mula menunjukkan bisanya apabila berjaya merobek gawang Indonesia menerusi satu serangan balas pada minit ke-17.

Gol tersebut ternyata menyemarakkan barisan Pasukan Harimau Muda Malaysia menggempur kubu tuan rumah. Pada minit ke-22, pemain tengah, Muhd. Nazmi Faiz Mansor berpeluang menguji benteng Indonesia, namun percubaannya gagal menghasilkan gol.

Harimau Muda Beraksi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (duduk dua dari kanan) bersorak gembira di bilik penginapannya di Nusa Dua, Bali malam tadi ketika menyaksikan perlawanan secara langsung antara Pasukan Harimau Muda Malaysia dan Indonesia. Najib berada di Bali kerana menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN.

Dengan sesekali Indonesia mengacah kubu Harimau Muda, Baddrol dan rakan-rakan sepasukannya jelas sekali berjaya menyerap tekanan dengan terus melancarkan beberapa serangan ke gawang Indonesia. Namun, tiada sebarang tambahan gol dicipta kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-56, Izzaq dilayangkan kad kuning selepas mengasari Andritany dalam kawasan penalti. Dua minit kemudian, Kim Swee membuat pertukaran dengan memasukkan pemain tengah, K. Gurusamy dan digantikan dengan Irfan.

Biarpun beberapa percubaan dihasilkan kedua-dua pasukan, namun tiada gol dijelmakan sehingga wisel penamat ditiup oleh Fahad.

Pasukan Harimau Muda Malaysia Bertemu Vietnam Di Perlawanan Separuh Akhir

Dengan kemenangan itu, Pasukan Harimau Muda Malaysia akan membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan B, Myanmar, manakala Indonesia berdepan juara Kumpulan B, Vietnam pada aksi separuh akhir esok (19 November).

Dalam pada itu Kim Swee ketika ditemui berkata, dia gembira dengan karaktor yang ditunjukkan skuad muda negara pada perlawanan tersebut.

“Mereka bukan sahaja berdepan dengan pemain Indonesia tetapi juga ribuan penyokong fanatik tuan rumah. Kemenangan ini tidak bermakna jika kita gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangai pada Sukan SEA 2009 di Laos,” katanya.

Kredit Info : kosmo.com.my : Pasukan Harimau Muda Malaysia Tunjuk Kejaguhan

829 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

7 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Juan
    Twitter:
    says:

    tahniah malaysia
    Juan recently posted…Bisnes oh Bisnes, Jangan Pancit Sudah….My Profile

  2. tak sabar nak tengok game dengan myammar petang ni..nak hilang suara aku sorak game malaysia ni..hahaha
    blackrosehunter recently posted…Satu Penghinaan : Gambar Pope Bercium dengan Imam Al-AzharMy Profile

  3. Norizwan says:

    tahniah harimau muda…:)
    Norizwan recently posted…Abu mayat diproses jadi manikMy Profile

  4. jasman says:

    ye malaysia menang…terbaik la…

  5. akubiomed says:

    Tanniah kepada Harimau Muda kerana berjaya menewaskan Garuda di halaman sendiri.

  6. zik says:

    betemu myanmar pasukan yang tidak boleh dipandang rendah… kena berhati-hati.. harap serangan kali ini lebih tajam
    zik recently posted…Malaysia juara kumpulan A tewaskan indonesia 1-0 (sukan sea 2011)My Profile

  7. ohcikgu
    Twitter:
    says:

    yehh. Malaysia menang!!
    ohcikgu recently posted…Video dan Lirik Lagu Gemuruh Suara – Team Malaysia Theme’s SongMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top