Pasukan Harimau Muda Malaysia Menang Pingat Emas.

Pasukan Harimau Muda Malaysia Raih Pingat Emas

Pasukan Harimau Muda Malaysia meraikan kejuaraan perlawanan bolasepak akhir mengalahkan Indonesia 5-4 melalui penentuan sepakan penalti pada Sukan SEA ke-26 di Gelora Bung Karno malam Isnin.

Pingat Emas Buat Pasukan Harimau Muda Malaysia.

Pasukan Harimau Muda Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas selepas menang ke atas Indonesia 5-4 melalui sepakan penalti pada saingan akhir acara bola sepak Sukan Sea Ke-26 di Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Untuk perlawanan akhir ini Pasukan Harimau Muda terpaksa menaiki kereta perisai Barracuda berhubung layanan penyokong Indonesia yang disifatkan boleh mengancam keselamatan skuad bola sepak negara.

Pasukan Harimau Muda Malaysia Tewaskan Garuda Muda Indonesia 1-0

Khamis lalu Pasukan Harimau Muda Malaysia menewaskan Garuda Muda Indonesia 1-0. Kemenangan tersebut menyaksikanPasukan Harimau Muda Malaysia mara ke saingan separuh akhir apabila mengungguli Kumpulan A dengan mengumpul sepuluh mata – satu mata di hadapan Indonesia yang turut menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik pada temasya kali ini.

Skuad Harimau Muda Raih Pingat Emas

Pasukan Harimau Muda Malaysia Tewaskan Myanmar 1-0

Sabtu lalu Pasukan Harimau Muda Malaysia berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir bola sepak apabila menewaskan Myanmar 1-0. Sekaligus Pasukan Harimau Muda Malaysia menjadi pasukan pertama yang melayakkan diri ke perlawanan akhir yang berlangsung Semalam.

Harimau Muda Raih Pingat Emas

Video Jaringan Gol Perlawanan Akhir Pasukan Harimau Muda Malaysia Menentang Indonesia

Gol Pertama Jaringan Indonesia

Malaysia menyamakan kedudukan melalui tandukan Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35

Sepakan penalti detik kemenangan Malaysia.

Tahniah sekali lagi KM ucapkan kepada Pasukan Harimau Muda Malaysia atas kemenangan menewaskan Indonesia semalam dan sekaligus membuatkan penyokong Indonesia terdiam, terkedu dan meninggalkan stadium kosong dalam masa 10 minit.

Kredit Info : mstar.com.my : Sukan Sea: Pasukan Harimau Muda Malaysia Raih Pingat Emas

 

1,080 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

4 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Norizwan says:

    Alhamdulillah…tahniah harimau muda…

  2. suri says:

    riak gembira jelas d muka mereka
    suri recently posted…Resepi Obor-OborMy Profile

  3. akubiomed says:

    Berbaloi dengan apa yang direncanakan oleh skuad Harimau Muda. Walaupun pelbagai trintangan yang ditempuhi termasuk provokasi penyokong finatik Garuda, Ong Kim Swee diarahkan keluar padang dan naik Barracuda. Kita mampu sumbang pingat emas ke 59 buat negara tercinta.
    akubiomed recently posted…Pingat emas bola sepak sukan Sea 2011 milik MalaysiaMy Profile

  4. anif
    Twitter:
    says:

    Tahniah buat Harimau Muda… Kejayaan mereka adalah hadiah bermakna buat rakyat Malaysia. 😀
    anif recently posted…Malaysia Menang Pingat Emas – Bola Sepak Sukan SEA 2011My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top