Panduan Menjadi Fotografer Perkahwinan.

Panduan Menjadi Fotografer Perkahwinan

Bagaimana Menjadi Fotografer Perkahwinan?

Ahad lepas KM joinlah biras KM ke Melaka. Tapi bukan untuk bercuti yo. Tujuan kami ke Melaka adalah untuk survey barang-barang persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri. Survey ajo beli tak lagi. Kami singgah di Tesco Cheng, Melaka untuk beli barang-barang dapur. Memang berbaloi berbelanja di Tesco nie. Harga murah lagi. Semasa KM nak balik, KM singgahlah di sebuah kedai buku dalam Tesco tue. Sambil membelek-belek buku-buku yang tersusun rapi tue, KM terpandang sebuah buku yang tertera perkataan Panduan Menjadi Fotografer Perkahwinan.

Nak Jadi Fotografer Perkahwinan Pun Kena Ada Ilmu Jugak!

Buku yang bertajuk besarnya Wedding Photography, Panduan Menjadi Fotografer Perkahwinan menimbulkan minat untuk KM membeli buku panduan hasil nukilan Saudara Aziel Azhar dan Syed fadhil keluaran PTS NETMEDIA SDN BHD. KM memang berminat untuk menjadi fotografer perkahwinan. tapi memandangkan masa dan kerja KM kurangkan sedikit penglibatan KM tue hanya bila betul-betul free aje barulah KM tekan minyak masuk kelas 3.

Sambil membelek-belek buku Panduan Menjadi Fotografer Perkahwinan tue, KM terpandang juga satu lagi buku keluaran PTS NETMEDIA SDN BHD yang bertajuk Post Wedding Photography, Panduan Asas Teknik Fotografi dan Olah Gambar Digital. Apalagi KM sambarlah 2 buah buku nie yang berharga RM27.50 selepas diskaun. Harap dengan 2 buah nie dapatlah menambahkan lagi pengetahuan untuk menjadi Fotografer Perkahwinan.

Ramai Yang Ingin Jadi Fotografer Perkahwinan.

KM adalah salah seorang dari mereka yang ingin menjadi fotografer perkahwinan. Sebelum nie pun KM pernah diminta menjadi fotografer perkahwinan tak rasmi untuk saudara KM. Kira bolehlahkan. nak kata pro sangat tue memang tak prolah. Main hantam kromo aje bila ambik gambar. Sungguh pun begitu hasil yang KM dapat untuk 3 event yang KM attend kalau nak dikira hampir RM1000 jugaklah. Itupun bukan selalu. Jadi fotografer tak semestinya untuk perkahwinan aja. KM pernah juga dibayar untuk majlis harijadi. Kiranya bolehlah untuk tambah pendapatan sampingan.

Psst : Kalau sebelum ini guna kamera kompak untuk ambil gambar, sekarang dah guna kamera DSLR. Barulah orang konfiden bila kita digelar Fotografer Perkahwinan betul tak!

Post ini telah dilihat sebanyak :182

8 thoughts on “Panduan Menjadi Fotografer Perkahwinan.

  1. Saya pun sudah beli buku “Post Wedding Photography”. Bagi saya ia adalah bidang baru yang saya ingin ekplorasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge