Panduan Menanam Ubi Keledek.

Panduan Menanam Ubi Keledek

Tips Menanam Ubi Keledek.

UBI keledek yang ditanam secara meluas di negara ini boleh hidup subur dalam julat suhu 27 hingga 30 darjah Celsius dan kawasan dengan taburan hujan melebihi 100 sentimeter setahun. Ia juga sesuai di tanam di kawasan tanah lom berpasir dan tidak bertakung air dengan pH tanah yang sesuai adalah 4.5 hinga 7.0

Penanaman Ubi Keledek.

Ubi keledek boleh hidup di pelbagai jenis tanah termasuk tanah yang kurang subur dengan pembajaan yang sesuai. Berikut adalah panduan menanam ubi keledek.

Saliran perlu untuk mengelak air bertakung dengan membina parit.

Tanah perlu dibajak dengan bajak piring untuk membalik- balikkan tanah untuk menghapuskan rumpai dan menambah bahan organik.

Ia diikuti dengan bajak putar untuk menghancurkan tanah untuk mendapatkan tekstur yang gembur.

Batas perlu untuk tanaman ubi keledek dengan ketinggian 30 hingga 40 sentimeter (sm) dan lebar 60 sm.

Bahan dan jarak tanaman Ubi Keledek.

Ubi keledek ditanam menggunakan keratan batang dan pucuk dari pokok yang sedang menjalar.

Panjang keratan lebih kurang 30 sm yang mana keratan dicucuk ke dalam tanah dan tinggalkan sebahagian pucuk di permukaan tanah.

Jarak antara pokok adalah 25 sm bergantung kepada jenis tanah dan varieti ubi keledek.

Pembajaan Ubi Keledek.

Bagi tanah yang berasid, pengapuran perlu untuk menaikan pH.

Kadar pembajaan yang biasa adalah 70N:86P2O5:173K2O kg/ha bergantung kepada kesuburan tanah, jarak tanaman dan keadaan tanah.

Baja diberi selepas tiga atau empat minggu ubi keledek ditanam.

Pengawalan rumpai

Merumpai dijalankan semasa pokok membesar iaitu tiga minggu selepas ditanam dan sekali lagi mengikut keperluan.

Kawalan rumpai boleh secara manual atau menggunakan racun rumpai.

Kawalan perosak dan penyakit

l Musuh ubi keledek adalah seperti tikus, siput dan lain-lain.

l Serangga yang biasa menyerang adalah kumbang Cylas formicarius yang mana larvanya akan menyerang pangkal pokok dan kumbang dewasa akan duduk melekat pada daun, akar dan batang.

l Penyakit akar hitam atau reput pangkal pokok disebabkan oleh Ceratosmella fimbriata.

l Kawalan secara amalan kultura yang baik dan membuang pokok-pokok yang diserang penyakit.

Pungutan hasil Ubi Keledek

l Hasil ubi keledek boleh dipungut antara empat hingga enam bulan selepas ditanam bergantung kepada jenis dan penjagaan.

l Ubi keledek boleh disimpan tetapi mestilah cukup tua dengan tempat penyimpanan yang mempunyai pengudaraan yang baik.

l Anggaran hasil adalah di antara 10 dan 15 tan/ha bergantung kepada penjagaan dan jenis ubi keledek.

Kredit Info : utusan.com.my : Tips Tanam Ubi Keledek

836 total views, 5 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

10 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Hj. Abdul Rahman Moktar : Sy dapat dari website http://kebunwarisan.blogspot.my/

    Unit Benih dan Baka Stsen MARDI Jalan KebunPeti Surat 186, Pejabat Pos Besar41720 KlangSelangor Darul EhsanTel: 603-51611588

    Unit Benih dan Baka dan Nurseri Ibu Pejabat MARDIPeti Surat 1230150774 Kuala LumpurTel: 60389437311

    Stesen MARDI Jerangau(Bekalan: Durian, duku terengganu, dokong, manggis, rambutan)21820 AjilTerengganuTel: 609-8384282

    Stesen MARDI Bukit Tangga(Bekalan: anak pokok ciku, mangga, durian dan rambutan)06050 Bukit Kayu HitamKedah Darul ImanTel: 604-9222601/2602

    Stesen MARDI Pontian(Bekalan: Sulur nanas Josapine, biji benih betik eksostika, keratankeledek/ubi kayu, benih sayur-sayuran, anak pokok buah-buahan)Beg Berkunci No. 50682000 PontianJohor Darul TakzimTel: 605-6871121
    Kamal Mustafa recently posted…Beriadah Bersama Keluarga Di Rantau Eco Park.My Profile

  2. Hj. Abdul Rahman Mokhtar says:

    Sya sdg mencari pembekal beneh kledek madu . Sya harap bantuan Sdr Kamal utk mendapatkan kontek dgn pembekal.
    Pertolongan Sdr Kamal amat sya hargai. Tkasih

  3. Kamal Mustafa says:

    @Tina : Ubi keledek boleh dibiakkan dengan dua cara iaitu keratan atau ubi. Penggunaan keratan lebih murah dan mudah. Keratan ditanam terus ke ladang atau dibiak dahulu

  4. Tina says:

    Mana nak dapat benih keledek ni?

  5. nizam says:

    ubi keledek,sedap dimakan…tapi satu..bila dimakan terlampau banyak akan keluarkan gas yang kurang enak la kan..hehe

  6. Norizwan says:

    @akubiomed : saya pun tak suka juga inti ubi keledek karipap hahaha….:)
    Norizwan recently posted…India mengharamkan poligami, talak tigaMy Profile

  7. rahman says:

    barulah tahu… biasa makan rebus keledek panas panas .. memang sedap 🙂
    rahman recently posted…Lembu bikin panasMy Profile

  8. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : Ya KM pun tak suka.Sebantue kalau beli kuih karipap, KM tanya dulu apa intinya.

  9. akubiomed says:

    Saya tidak suka kalau kuih Karipap berinti keledek tidak sedap.

  10. anif
    Twitter:
    says:

    Info menarik ni.. Kalau ada ruang yang tidak diusahakan, boleh buat tanam keledek!
    anif recently posted…Jentera Formula 1 (F1) Red Bull R8 Dilancarkan Secara OnlineMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top