Neng Yatimah Kini Semakin Uzur.

Neng Yatimah Alami Masalah Jantung Dan Kanser Kolon.

Semalam bila KM login ke akaun Nuffnang. Keyword “Neng Yatimah Meninggal Dunia” menjadi hits. KM terfikir pulak eh bila pulak Mak Neng meninggal dunia. KM pun mulalah google. Rupa-rupanya Seniwati Neng Yatimah yang lebih mesra dengan nama Mak Neng kini dikhabarkan semakin uzur sejak menantunya Seniman Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia akhir tahun lepas.

Neng Yatimah 2015

Inilah gambar paling terbaru Mak Neng semasa menghadiri kenduri Arwah menantunya, Arwahyarham Seniman Mustapha Maarof, tahun lepas

Mak Neng yang kini berusia 91 tahun, juga dikatakan turut mengalami masalah jantung dan kanser kolon telah beberapa kali menerima rawatan di hospital setelah disahkan menghidap kanser

Beliau kini dijaga cucu saudaranya Isa Sawi di Singapura. Menurut cucunya tue Mak neng ada beritahu untuk menghembuskan nafas terakhirnya di Singapura seperti Allahyarham suaminya Jasni Ahmad yang dikebumikan di Singapura.

Kalau korang nak tahu latar belakang Mak Neng klik —–> Sini

Anak cucu Mak Neng yang menetap di Malaysia juga telah beberapa kali mengajaknya menetap di Malaysia, namun beliau menolak atas alasan ingin menghabiskan sisa hidupnya di Singapura.

Menurut cucu Mak neng Azlynna, ketika bapanya (Seniman Datuk Mustapha Maarof) meninggal dunia, Mak Neng amat tertekan sehingga menjejaskan kesihatannya.

Anak Mak Neng iaitu Seniwati Roseyatimah meninggal pada tahun 1987. Setelah kematian anaknya Allahyarham Roseyatimah, hubungan Mak Neng dengan menantunya (Seniman Datuk Mustapha Maarof) amat rapat. Setiap kali bulan puasa, arwah akan mengirimkan duit ke Singapura untuk ibu mentuanya itu.

Neng Yatimah merupakan pelakon hebat filem Melayu tahun 1950-an dan 1960-an yang terkenal menerusi filem seperti Air Mata Duyung, Jiran Sekampung, Laila Majnun, Seri Mersing, Racun Dunia dan Mama oh Mama.

Semoga Mak Neng diberi kesihatan oleh Allah. Amin…

KM suka sangat lagu Asmara Terkenang. Satu-satunya lagu yang dicipta khas untuk Mak Neng oleh Arwah suaminya Jasni Ahmad, dan dinyanyikan sendiri oleh Mak Neng.

13,428 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Bromo Travel : Amin…
    Kamal Mustafa recently posted…Festival Belia Negeri Sembilan 2015.My Profile

  2. Bromo Travel says:

    Alhamdulillaah, Semoga ALLAAHU SWT sentiasa karuniakan kesihatan serta keberkahan atas mak neng, Aamiin.

    Terimakasih abang Kamal Mustafa.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top