Musim Durian Tiba Lagi!!!!

Durian Kampung Sungai Buluh, Alor Gajah Melaka. RM4 sekilo.

Durian

Assalamualaikum,

Wah…musim durian tiba lagi. Mana-mana pergi pasti jumpa durian. Tokey durian tiap tahun rezeki masyuk…. aje. Paksu KM tinggal di Kampung Sungai Buluh, Alor Gajah Melaka. Bukan Sungai Buloh Selangor tau. Bila toba musim durian mana-mana penduduk kampung yang tidak larat untuk menyelenggarakan kebun durian mereka akan mengupah orang atau memajak kebun mereka kepada orang lain.

Paksu KM diupah untuk mengutip durian disekitar Kampung. Paksu KM nie bijak dia tak ambil upah, dia akan bagi dua kutipan buah durian tersebut. Bijakkan. Lepas tue jual sendiri. Lagi untung. Oleh kerana dah ada durian free nie, Paksu KM pun pelawalah adik-beradik dan anak buah datang kerumahnya untuk makan durian.

Perjalanan bermula pukul 8.30am dari Lukut ke Rantau. Kerana belum bersarapan lagi KM, Omak dan adik berhenti minum pagi di Restoran Sri Makmur berhadapan dengan Balai Polis Rantau. Selepas sarapan kami bergerak menuju ke Pedas. KM naik Highway menuju ke Simpang Ampat. Kena tol RM3.30.

KM tiba di Pekan Kampung Sungai Buluh, Alor Gajah Melaka pukul 9.30am Dari simpang tol ke rumah Paksu KM lebih kurang 10 minit aje.

Suasana kampung memang menenangkan. Tambah pulak musim Durian bertambah meriahlah.

Sampai aje kami dihidang dengan durian. Amboi puas betul rasanya dapat makan durian kampung. Hendak pulak kalau free lagi terasa nikmatnya. Panas belakang cerita.

Petua orang tua-tua, minum air dalam kulit durian untuk hilangkan panas badan dek kerana banyak makan durian. Nie Omak KM yang cakap

Ada durian yang rosak sikit-sikit tue Omak KM nak buat tempoyak. Fuh kalau dapatlah makan sambal tempoyak daun kayu fuh….menitik peluh wa cakap lu.

KM sempat jugak ambil gambar buah rambutan yang baru nak berputik….Hahahaha sempat jugak tue..

Paksu KM cakap buah belimbing banyak tapi buah tak menjadi. Banyak yang busuk.

Selepas makan tengah hari kami beransur pulang. Paksu KM ada jugak bekalkan durian 1 guni. Manalah tau sok-sok nak buat bubur kacang durian ke, lempuk durian ke. KM sampai rumah pukul 3.30pm. Dalam pada tue semalam Kak Bell dan beberapa staff Office ajak menziarah mendiang Madam Yong Moi Fong. Jadi hari nie company KM cuti sempena menghormati beliau. Kami semua staff akan memberikan penghormatan terakhir hari ini pukul 11.00am. Semua dah selesai.

Seperkara lagi. Sebelum nie KM dah tonton wayang Harry Potter And The Deathly Hollow Part-1. Pukul 1.10pm tadi KM menonton wayang Harry Potter And The Deathly Hollow Part-2. Nanti KM buat review ok.

P/S : Hari nie KM genap 33 tahun. oklah tue celebrate dengan tengok wayang dan makan durian.

1,937 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. akubiomed says:

    Ada yang mahu sendawa bau durian 🙂

  2. mancai says:

    lahai rindunya aku nak balik kampung…

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top