Misi Bantuan Kemanusiaan Pantai Timur

Jom Hulurkan Bantuan Untuk Mangsa Banjir.

Assalamualaikum,

Esok Misi Bantuan Kemanusiaan Pantai Timur akan diadakan lagi untuk mengumpul sumbangan makanan, pakaian dan sebagainya. Marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan agar dapat meringan beban mereka yang terjejas dan terkesan akibat banjir. . Mohon war-warkan iyo jika anda ke Port Dickson esok. Perkara yang baik elok dihebahkan. Berikut adalah tempat dimana barang-barang bantuan dikumpulkan

Misi Bantuan Kemanusiaan Pantai Timur (2)

Misi Bantuan Kemanusiaan Pantai Timur

Tarikh : 31hb December 2014
Tempat : Tapak Pasar Malam Bt 4, Port Dickson
Masa : 2.00 ptg – 11.59 mlm

Acara Sampingan : Show Off Kereta dan Busking dll

Antara barangan yang sangat diperlukan adalah :-

  • Lampin bayi pakai buang
  • Tuala wanita
  • Pakaian (Pastikan yang elok dan boleh dipakai)
  • Tuala mandi
  • Kain Batik/ Kain Pelikat
  • Air Mineral
  • Makanan Kering
  • Susu/Nestum
  • Wang Tunai

Pada 28 Disember 2014 Puteri UMNO Bahagian Telok Kemang telah melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan Pantai Timur, dimana kepada warga Port Dickson keseluruhanya yang ingin menghulurkan bantuan serta sumbangan boleh disalurkan kepada mereka. Misi pada hari itu berjalan lancar dan mendapat sambutan daripada warga Port Dickson yang prihatin.

Misi Bantuan Kemanusiaan Pantai Timur (1)  Misi Bantuan Kemanusiaan Pantai Timur (3) Misi Bantuan Kemanusiaan Pantai Timur (4)

Misi Bantuan Kemanusiaan Pantai Timur (5)

Misi Bantuan Kemanusiaan Pantai Timur (6)

Misi Bantuan Kemanusiaan Pantai Timur adalah anjuran bersama,

  • Puteri UMNO Bahagian Telok Kemang
  • O.S.P.D (Olskool PD),
  • Band Busking Fantasia & Yazid Search.

Image Via [Mimi Iman]

3,703 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

4 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : Ini nmembuktikan rakyat Malaysia sentiasa bersatu.
    Kamal Mustafa recently posted…Harapan Untuk Tahun 2015My Profile

  2. akubiomed says:

    Syabas rakyat Malaysia nampak kesungguhan untuk menghulurkan bantuan.

  3. Kamal Mustafa says:

    @Jajas : Betul tue, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
    Kamal Mustafa recently posted…Misi Bantuan Kemanusiaan Pantai TimurMy Profile

  4. jajas says:

    Walaupon dikatakan dalam kesempitan hidup…masih ramai yang membantu…

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top