Mencuri Akhirnya Merana Diri.

Mencuri Akhirnya Merana Diri

Kenapa Orang Mencuri?.

Macam-macam benda dan cara orang mencuri. Kalau selak surat khabar semenjak dua menjak nie ada aje cerita pasal kes curi. Kenapa Orang Mencuri?. Soalan itu selalu orang tanya. Pasti walau apa pun alasanya, salah tetap salah. Ialah takkan kita nak menegakkan keadilan orang yang mencuri hanya kerana dek kesempitan hidup. Tapi bila difikirkan keadaan itu juga mendesak orang mencuri.

Berita  Tentang Orang Mencuri.

Di Kota Bharu seorang kerani akaun dijatuhi hukuman tujuh tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen di sana, selepas didapati bersalah pada empat tuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah lebih RM1.2 juta, 15 tahun lalu. Ini dah kira sama dengan kes mencuri. Curi duit company. Makan duit company sikit-sikit lama-lama sampai RM1.2 juta.

Di Kota Bharu juga, gara-gara mencuri dua paket minuman Milo dan empat paket Nescafe di sebuah pasar raya Mohd. Ruzailani Mat Yusoff, 33, bekerja sebagai pencanting batik  dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sana selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan terhadapnya.

Di Kuala Terengganu, dek kerana terdesak mendapatkan wang, seorang buruh mengambil jalan mudah mencuri 30 biji kelapa dalam kebun milik jiran sekampungnya di Kampung Jeram Tepoh.  Mohd Azman Awang @ Mohd Amin, 35, dari Kampung Jeram Tepoh, dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret. Kelapo pun ado. Uuuihh macam-macam.

Di Kuala Terengganu juga, misteri kehilangan barang berharga di dalam kereta Proton Saga milik seorang warga emas akhirnya terjawab apabila tertangkapnya seorang lelaki yang juga merangkap jiran sekampung dalam satu kejadian di Kampung Kubang Badak. Yahya Abdullah, 78, sering kehilangan barang berharga serta  wang tunai yang ditinggalkan di dalam kereta di hadapan rumahnya. Rupa-rupanya jiran yang curi. Pencuri tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Gong Badak.

Kerja Menyamun Tue Kira Mencuri Jugalah.

Di Kuala Lumpuer, kegiatan licik sekumpulan penjenayah yang terlibat dalam pelbagai kes samun termasuk samun kenderaan mewah dengan cara melanggar belakang kenderaan sasaran mereka tidak bertahan lama apabila empat orang termasuk dua wanita diberkas polis. Siap bawak isteri dengan awek poie menyamun tue. Diorang target kereta mewah aje. Kereta cikai tak mainlah. Apo Ado?.

 

Pssst : Teringat peribahasa orang tuo-tuo.” Siakap, Sinohong, Gelamo, Ikan Duri, bercakap bohong, lamo-lamo mencuri.

987 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

6 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. kalo yg mencuri tu terdesak kite perlu crik jln penyelesaian..bantu die walaupun mencuri tu salah..
    Jebeng Otai™ recently posted…PosLaju : Kotak dan Sampul PrabayarMy Profile

  2. iza says:

    Assalam..
    Ada juga yang buat hobi,
    tak kurang pula yang memang dari kecil panjang tangan…
    iza recently posted…Ragam Di Wad Kecemasan.My Profile

  3. adam narzuan says:

    kadang2 diorang ni dah jadi gian…

  4. rahman says:

    Banyak bona penyangak zaman sekarang ni.. berhati hatilah
    rahman recently posted…Berbasikal demi kesihatanMy Profile

  5. akubiomed says:

    Betul bro Anif ada yang mencuri kerana satu keseronokkan.
    akubiomed recently posted…Maklumat Google+ profile author pada Google search resultsMy Profile

  6. anif
    Twitter:
    says:

    Kadang-kadang yang mencuri tu bukannya orang susah. Cuma mengejar keseronokkan dan “thrill” seperti yang dilakuakn oleh Winona Ryder & Lindsay Lohan!
    anif recently posted…Harga Proton PreveMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top