Mark Zuckerberg Menunggang Kerbau.

Mark Zuckerberg Menunggang Kerbau Di Vietnam.

HANOI, Vietnam – Pengasas bersama laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg menunggang seekor kerbau semasa dia melawat Vietnam selama beberapa hari sempena cuti perayaan Krismas di Amerika Syarikat (AS).

Mark Zuckerberg

GAMBAR yang dirakamkan pada Isnin lalu menunjukkan Mark Zuckerberg menunggang seekor kerbau dengan seorang petani berjalan di tepi haiwan itu di lokasi pelancongan terkenal, Sapa di wilayah Lao Cai, Vietnam.

 Mark Zuckerberg kini seorang Bilionair berusia 27 tahun itu tiba di Vietnam dengan menaiki penerbangan sewa khas bersama teman wanitanya, Priscilla Chan dan beberapa pengawal peribadi pada 22 Disember lalu.

Penolong Pengurus Hotel Topas Ecolodge, Le Phuc Thien berkata, Mark Zuckerberg tinggal di hotel berkenaan di bandar Sapa, kawasan peranginan utara Vietnam pada Hari Krismas. Pada hari yang sama, beliau turut mencuba pengalaman menunggang kerbau dengan seorang petani berada di sisi haiwan itu.

Gambar Mark Zuckerberg Menunggang Kerbau

Gambar yang dirakamkan diatas pada Isnin lalu menunjukkan Mark Zuckerber menunggang seekor kerbau dengan seorang petani berjalan di tepi haiwan itu di lokasi pelancongan terkenal, Sapa di wilayah Lao Cai, Vietnam

Mark Zuckerberg yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook kemudian dibawa bersiar-siar di sekitar resort berkenaan.

Mark Zuckerberg mengasaskan Facebook pada 2004.

Pemerintah Vietnam menyekat penduduknya melayari laman Facebook dan beberapa laman web lain.

Kredit Info : kosmo.com.my : Mark Zuckerberg Menunggang Kerbau

530 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

12 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Terbelog says:

    haha..otg kaye tu

  2. KiD
    Twitter:
    says:

    tul kata blackrosehunter.. kat vietnam takd FB.. memang cara dia marketing laaa.. pandai!
    KiD recently posted…Earning tertinggi dari churpchurpMy Profile

  3. akubiomed says:

    Beliau begitu merendah diri. 🙂
    akubiomed recently posted…Video lamaran Timothy Tiah yang sweetMy Profile

  4. So, tujuan dia ke Vietnam utk pujuk pemerintah Vietnam benarkan penduduknya guna FB?mesti ada agenda kan..takkan setakat melancong sedangkan banyak tempat lain yang boleh pergi.
    blackrosehunter recently posted…Selamat Tahun Baru 2012My Profile

  5. b3njy says:

    Yang pastinya dia seorang bijak … mesti lepas naik kerbau ni dia ada ilham baru untuk Facebooknya kelak
    b3njy recently posted…ASTRO FREE TAHUN 2012 WAH NJOI NYAMy Profile

  6. b3njy says:

    Mungkin cuti krismas tahun 2012 dia pergi malaysia pula try makan sate kajang …. masa tu benjy duduk sebelah dia … hehehe
    b3njy recently posted…ASTRO FREE TAHUN 2012 WAH NJOI NYAMy Profile

  7. b3njy says:

    Sikit hari lagi dia akan ke ISS … biasalh orang banyak duit katakan …
    b3njy recently posted…ASTRO FREE TAHUN 2012 WAH NJOI NYAMy Profile

  8. b3njy says:

    Bila dia nak menunggang unta pula yer ?
    b3njy recently posted…ASTRO FREE TAHUN 2012 WAH NJOI NYAMy Profile

  9. b3njy says:

    Biasalah dia kat US naik kuda je jadi koboi … sekali sekala nak nai haiwan lain juga …
    b3njy recently posted…ASTRO FREE TAHUN 2012 WAH NJOI NYAMy Profile

  10. titan
    Twitter:
    says:

    hoho..rajin plak dia menunggang ekk..
    titan recently posted…Komisen ke 3 dari AdvertletsMy Profile

  11. Kamal Mustafa says:

    @faiz : kek USA manolah ado kobau…tue yang polik dek dio tue.

  12. faiz says:

    dieorng ni gayat tak pernah tgk kerbau kot..heheh
    faiz recently posted…Miskin Harta atau Kaya IlmuMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top