Makanan Yang Wajib Dimakan Setiap Hari

Jenis Makanan Yang Wajib Dimakan Setiap Hari

Makan merupakan perkara penting yang dilakukan oleh semua hidupan di atas muka bumi ini untuk meneruskan kesinambungan hidup. Namun persoalannya di sini, adakah makanan yang kita makan setiap hari itu benar-benar sihat?. Belum tentu…. Jika anda inginkan kepastian, jom kita intip jenis-jenis makanan yang wajib dimakan setiap hari dan apakah manfaatnya makanan tersebut pada tubuh kita.

7 Jenis Makanan Yang Wajib Dimakan Setiap Hari

1. Yogurt
Kenapa perlu minum yogurt? Tahukah kamu bahawa yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang tumbuh subur di dalam yogurt. Ia berfungsi untuk mengusir bakteria jahat di permukaan usus, meningkatkan daya tahan tubuh dan melindungi tubuh daripada serangan kanser. Namun tidak kesemua yogurt mengandungi bakteria baik. Jadi sebelum membeli, pastikan labelnya tertulis ‘mengandungi kultur yang hidup dan aktif’ agar manfaatnya dapat dinikmati oleh tubuh.

2. Tomato
Kenapa harus makan tomato? Warnanya yang merah menggoda mengandungi banyak likopen yang kaya antioksidan. Bahkan, penyelidikan menunjukkan bahawa, makanan yang kaya likopen dapat menurunkan risiko penyakit paru-paru, kanser prostat, kanser kulit serta kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah.

3. Lobak merah
Kenapa harus makan lobak merah? Sebahagian besar, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning, merah atau oren kaya dengan karotenoid, yang berkemampuan untuk mengurangkan risiko penyakit kanser dan rheumatoid arthritis.

4. Blueberi
Kenapa harus makan blueberi? Buah ini kaya antioksidan! Ia dipercayai dapat mencegah kanser, diabetes dan meningkatkan daya ingatan. Penyelidikan menunjukkan bahawa blueberi kaya dengan serat, vitamin A dan C.

5. Soya hitam
Semua soya bagus untuk kesihatan jantung, cuma soya hitam mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri iaitu dapat meningkatkan daya ingatan dan fikiran. Kenapa? Kacang soya hitam kaya dengan antosianin, iaitu sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Setengah cawan soya hitam mengandungi 8 gram protein dan 7.5 gram serat dan rendah kalori.

6. Gandum
Selain kaya dengan khasiat, gandum juga mengandungi serat tinggi yang larut air, di mana ia berfungsi untuk menurunkan risiko serangan jantung. Selain itu, gandum juga kaya dengan karbohidrat.

7. Bayam
Bayam kaya dengan asid lemak Omega 3 dan Folat yang membantu menurunkan risiko penyakit jantung, strok dan osteoporosis. Walaupun ia sekadar sayuran berwarna hijau, namun bayam dipercayai amat berkhasiat untuk meningkatkan keperkasaan lelaki. Sebagai bonusnya, Folat juga dapat meningkatkan aliran darah ke penis.

Makanan diatas jika diambil setiap hari dapat membekalkan segala khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan. Disamping kandungan zat dan vitamin yang boleh menjadi ubat semulajadi melawan penyakit.

Kredit Info : n9kini.com : Makanan Yang Wajib Diambil Setiap Hari

505 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. akubiomed says:

    Susah hendak cakap kerana tanaman zaman sekarang terdedah kepada pengunaan baja kimian dan racun serangga.
    akubiomed recently posted…Mat Rempit Thailand yang inovatifMy Profile

  2. jasman says:

    baru lepas makan roti td…hehe
    jasman recently posted…Terima kasih Cinta…My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top