Makanan Murah Tetapi Tinggi Khasiatnya

MUNGKIN ada di antara kita terserempak dengan lelaki yang sudah lanjut usia tetapi masih cergas melakukan kerja kerja harian Lebih menakjubkan, mereka masih berkemampuan dari segi batin Sama ada kita sedar atau tidak kesihatan tubuh badan sebenarnya banyak bergantung kepada kualiti pemakanan yang kita ambil sehari hari.

Makanan Murah Berkhasiat

Makanan yang berkhasiat bukan sahaja mampu menguatkan sistem pertahanan,membantu mengatasi serangan penyakit tetapi juga mungkin membantu memanjangkan hayat anda.Sebahagian besar makanan tersebut berada di sekeling anda , Cuma anda sahaja yang tidak mengetahuinya dan yang paling penting anda tidak perlu berbelanja besar untuk menikmatinya.

Brokoli

Mengandungi lebih vitamin C berbanding buah buahan sitrus. Lebih kalsium berbanding segelas susu. Mengandungi lebih fiber berbanding sekeping roti gandum. Brokoli juga diperkaya dengan antioksidan. Brokoli juga memiliki kelebihan sebagai agen antikanser dengan bertindak merangsang tubuh untuk mengeluarkan sendiri bahan memerangi kanser. Malah sayuran ini memiliki banyak lagi kelebilhan antaranya, membantu menghalang katarak, sakit jantung, ulser dan pelbagai penyakit lain. Baik dimakan secara mentah atau dikukus.

Chamomile

Bunga Chamomile diakui berupaya bertindak melegakan ketegangan otot otot sekali gus membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan. Secara semula jadinya, semakin kurang tekanan dan ketegangan yang anda alami, semakin kurang risiko anda mengalami serangan sakit jantung. Chamomile juga berupaya membantu membersihkan buah pinggang dengan bertindak menyah toksik bahan bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Cranberries

Buah ceri Cranberries Walaupun kecil dan tumbuh meliar, ia kaya dengan kandungan vitamin C, bahan kimia yang membantu memerangi bakteria dan mengandungi antioksidan quercetin. Cranberries juga membantu mencegah jangkitan saluran kencing, kanser dan membantu menghalang bakteria daripada menyerang bahagian dalaman tubuh badan anda.

Minyak Ikan

Minyak ikan salmon, trout, mackerel dan herring cukup kaya dengan asid lemak omega 3. lkan jenis ini mampu mengurangkan tahap kolesterol dalam darah dan menghalang berlakunya strok dan pembekuan darah.Minyak ikan kini lebih mudah di beli dalam bentuk capsule

Lemon

Cukup kaya dengan vitamin C. Ia bukan sahaja berupaya menghindari tubuh daripada jangkitan tetapi asid semulajadi yang terdapat dalam jus lemon juga diperkaya dengan antibakteria yang mampu menjauhkan serangan ulser mulut dan sakit tekak.

Oat

Diperkaya dengan kalsium dan juga kandungan fiber larut dan tidak larut. Oat sememangnya baik untuk kesihatan terutama membantu menguatkan gigi dan tulang. Oat juga berupaya mencegah kanser usus besar dan mengurangkan tekanan darah.

Tomato

Mengandungi antioksidan lycopene. la juga membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh, mengurangkan risiko serangan sesetengah kanser terutamanya kanser prostat, paru paru dan kanser perut, Cara paling baik ialah dengan memasak kerana ia mengandungi lebih banyak lycopene berbanding tomato mentah. Tetapi anda jabgan terperanjat bila mengetahui bahawa tomato dalam tin mengandungi tiga kali lebih banyak lycopene berbanding tomato segar dan tomato sos pula mengandungi lycopene lima kali ganda berbanding tomato segar. Menakjubkan bukan!!

Teh Hijau

Minuman popular bagi masyarakat Asia terutamanya Jepun ini mengandungi antiokasidan catechins dan politenol selain vitamin A, C dan E. Dikatakan teh hijau lebih hebat daripada pedang samurai. Selain mengandungi antioksodan yang baik untuk melindungi sel-sel tubuh daripada serangan kanser.Ia juga bertindak menguatkan sistem pertahanan tubuh dan mencairkan darah bagi menghalang serangan Jantung

1,358 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

3 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    Eh…apa pulak takde….kalau pergi Giant supermarket ada section sayuran organik.cube survey tengok.

  2. Rahsia Buah Pinggang Sihat says:

    Tapikan adakah makanan di atas dapat di cari yang masih segar sebab mungkin telah diletakkan dengan bahan kimia yang beracun

  3. akubiomed says:

    Kumpulan Cranberries saya kenal nyayi lagu Zombie 🙂
    akubiomed recently posted…Percubaan live blog melalui iPhone 3gMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top