Makan Sea Food Di Bagan Lalang

Menjamu Selera Di Bagan Lalang.

Lama betul tak ke Bagan Lalang. KM pun dah tak ingat bila kali terakhir ke sana. jadi menjawab beberapa soalan dari bloger “Buat apa di Bagan lalang?”. Jawapannya ialah “Seafood”. Tempat makan seafood yang popular di area Sepang. Jadi pada 31 Mac 2012, hari Sabtu KM bertandang ke Bagan Lalang.

Bagan Lalang - bagan-lalang-31-mac-2012-1

Seperti biasa memang padat dengan orang. Restoran kat Bagan Lalang bukan satu aje, ada banyak. Jadi kena pandai pilihlah. KM pilih restoran HM Sri Bagan Lalang kerana atas laut (pelantar). Kalau ada yang plan nak pergi, boleh booking dahulu kalau takut tak ada meja kosong.

Atas pelantar semua dah penuh. Bila dah penuh, kena tunggu pekerja restoran itu sediakan meja untuk kita. Oleh kerana meja dah penuh, KM terima aja meja yang diberi. Dapat 2 meja, tapi asing-asing. Lepas duduk pekerja restoran akan bagi nombor pada kita. Lepas tue kita boleh pilih apa makanan yang kita nak makan. Ada tempat khas berhampiran disediakan oleh restoran untuk kita pilih makanan laut yang fresh untuk buat lauk. Lepas pilih kita akan ditanya apa jenis masakan yang kita nak dengan makanan laut tue.

Makanan Laut Jadi Pilihan Di Bagan Lalang.

Seperti yang KM beritahu awal tadi, Bagan Lalang popular dengan makanan laut. Makanan yang kami order ialah, ikan kerapu tiga rasa, ketam sweet sour, ikan cencaru bakar, ikan pari bakar, sotong goreng tepung, udang goreng tepung dan otak-otak. Itu makan laut aja. Kemudian pekerja akan datang dan tanya makanan lain pulak, seperti minuman. Jadi KM tambah tomyam campur, sayur khailan ikan masin nasi putih serta air tea o’ ice limau. Makanan itu semua untuk dua meja dua meja. KM tak berapa makan ikan. Jadi makan sotong dengan udang aje. Sambil tunggu, air minuman serta kerepek disajikan. KM tunggu dekat 1 jam jugaklah baru makanan sampai.

Gambar Sekitar Restoran HM Bagan Lalang Sepang.

bagan-lalang-31-mac-2012-1

Picture 1 of 14

 

Psst : Survey dulu kalau ada yang berminat ke Bagan Lalang.

3,336 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. titan
    Twitter:
    says:

    hoho..dah lama aku tak gi bagan lalang ni. hehe..
    titan recently posted…Ustaz Azhar Idrus dan PTPTN.My Profile

  2. rahman says:

    1 jam!! fuh lamanya..

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top