Majlis Cukur Jambul Qaisy Qusyairi Selesai Sudah.
Tanggal 3 March 2012 berlangsung sudah Majlis Cukur Jambul Qaisy Qusyairi anak buah KM. Sebelum ini KM ada buat post untuk Majlis Cukur Jambul Ashraf Iman. Majlis berlangsung sebelah malam. Alhamdulillah Majlis Cukur Jambul Qaisy Qusyairi berlangsung dengan baik. Aturcara majlis bermula pada pukul 8.00 malam.
Majlis Cukur Jambul Qaisy Qusyairi dihadiri sanak saudara dan jiran tetangga. Belah petangnya, adalah beberapa orang jiran serta sedara-mara yang hadir untuk tolong menyiang bawang, siang pisang muda dan memasak dan lain-lain kerja yang berkaitan.
Menu Majlis Cukur Jambul Qaisy Qusyairi
Menu untuk Majlis Cukur Jambul Qaisy Qusyairi ialah
1. Ayam Masak Briyani.
2. Gulai Pisang Muda Masak Lemak Cili Api
3. Telur Goreng Mata Kerbau Masak Kicap
4. Acar Jelantah ( Timun & Nenas )
5. Ikan Masin Bolos ( Bulu Ayam)
6. Pulut Kuning & Sambal Tumis
7. Pencuci Mulut – Kastard Jagung, Talam Suji & Buah Tembikai
Majlis Cukur Jambul Qaisy Qusyairi Diserikan Dengan Marhaban Serta Berandoi.
Ingatkan tak ramai tetamu yang datang. Rupanya ramai jugak. Maklumlahkan malam minggu. Aktiviti banyak. Nasib baik KM ada sewa khemah sebiji.
Marhaban dimulakan oleh kumpulan Wanita Islam Taman Jaya Lukut iaitu Kumpulan Ar-Raudhah. Dalam menunggu marhaban selesai, hujan turun pulak. Nasib tak lebat.
Cenderahati Majlis Cukur Jambul Qaisy Qusyairi
Gambar Sekitar Majlis Cukur Jambul Qaisy Qusyairi
Dah botak dah haa…..
Lopeh nie Majlis Cukur Jambul siapolah pulak iyo!!!


peh, banyaknya makannnnn…
@rahman, @akubiomed : Laok kampung ajo…itu yang menambah selero.
wah sodap eee lauk pauk.. lamo tak makan kenduri yang ado gulai pisang mudo ni
Ada ikan masin dan lauk-lauk yang banyak semuanya menyelerakan.