Majlis Cukur Jambul Ashraf Iman
Dah lama KM tangguh untuk buat post Majlis Cukur Jambul Ashraf Iman anak buah KM. Pada 13 Jan 2012 Kak Bell, adik ipar KM adakan Majlis Cukur Jambul Ashraf Iman. Majlis cukur Jambul diadakan pada pukul 11.00 pagi dimana kumpulan marhaban dijemput untuk memeriahkam majlis. Meja dan kerusi telah disusun dibawah khemah yang telah diatur sejak awal pagi. Apa menu yang disediakan untuk Majlis Cukur Jambul Ashraf Iman nie.
Menu Majlis Cukur Jambul Ashraf Iman
Oleh kerana Majlis Cukur Jambul Ashraf Iman diadakan pagi ke tengahhari jadi menu yang disediakan juga sesuailah untuk makan tengahari. Antara menu yang disediakan ialah nasi putih, sambal udang, ikan cencaru goreng cicah kuah cili kicap, percal, telur masin dan ayam masak lemak cili api serta buah oren sebagai pencuci mulut. Kuih muih pula terdiri daripada kuih koci dan kuih popia.
Majlis Cukur Jambul Ashraf Iman Dihadiri Sanak Saudara Dan Jiran
Sanak saudara dan jiran-jiran Kak Bell dah mula datang. Marhaban dan doa telah selesai kini tibalah masanya untuk menjamu selera. Makanan stail buffet. Senang tak perlu banyak tenaga nak guna. Nak bersihkan pun senang. Majlis Cukur Jambul Ashraf Iman juga diserikan lagi dengan sambutan mengejut harijadi adik KM, suami Kak Bell. Adik KM nie ada join Waja Club, jadi adalah juga kawan-kawan Waja Club dia yang datang.
Terima kasih kepada Farhan ambil gambar untuk Majlis Cukur Jambul Ashraf Iman.







semoga Ashraf Iman menjadi anak yang soleh… insya Allah…
first time nampak kek warna biru ni..hehe
Ramai gak orang yang datang yer.
Kalau tgk kat dalam rumah tak ramai tapi kat luar penuh dengan orang kan? Makan mesti best-best semua ni.
Wah meriah juga majlis Cukur Jambul yang diadakan.