Terkejut Rakam Wajah Misteri
Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.
Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.
Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.
Wajah Misteri Seperti Kepulan Asap.
“Wajah Misteri tersebut seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.
“Selepas itu, saya menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut,” katanya.
Pengalaman pertama kali merakam gambar wajah misteri sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan.
Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar wajah misteri tersebut.
Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh atau wajah misteri yang dirakam secara tiba-tiba.
Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.
“Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar wajah misteri berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang,” katanya.
Kredit Info : sinarharian.com.my : Terkejut Rakam Wajah Misteri
Post ini telah dilihat sebanyak :459


betul tu, benda mcm ni jgn ambil kisah sangat, xda apa pon yg berlaku
Juan recently posted..Jom Mengundi Untuk Pilihan Raya Umum ke-13
Asapkan makanan jin.