KM Sambut Raya Raya Aidilfitri Secara Sederhana.

KM Sambut Raya Secara Sederhana

KM

Orang Bergembira Di Hari Raya, KM Sekeluarga Pula Demam Di Hari Raya

Wahhh sedar tak sedar sudah masuk 3 hari  kita berhari raya. So macam nama sambutan hari raya tahun nie. KM tahun nie sambut secara sederhana sahaja.  KM juga redha dengan ujian Allah, raya pertama Omak dan adik KM demam, Raya kedua Ayah dan KM pulak deman. Dugaan-dugaan. Tapi hari nie dah beransur kebah sikit badan lepas makan ubat. Namun tradisi kunjung-mengunjungi di hari raya tetap dilaksanakan.

KM Kehilangan 2 Mak Saudara.

Tahun nie KM kehilangan 2 keluarga terdekat. Seminggu kita berpuasa, Induk (panggilan utk Mak saudara) KM meninggal dunia. 2 hari sebelum raya Mak Long KM pula meninggal dunia. Jadi raya tahun ini kurang meriah sedikit. KM berdoa kedua Mak saudara KM ditempatkan di kalangan orang yang beriman. KM hanya dapat sedekahkan Al-Fatihah dan memberikan sokongan kepada sepupu-sepupu KM. Harap mereka redha dan sabar menghadapi dugaan sari Allah.

KM Ucapkan Terima Kasih Kepada Blogger yang sudi Ucapkan Selamat Hari Raya Di Blog KamalMustafa.com.

Berbalik pada cerita raya pulak. KM ada pre-post ucapan raya pada 29 Ogos 2011. KM dah mula bercuti 26 Ogos 2011. Post tue KM buat awal. Terima kasih kepada blogger yang sudi meninggalkan ucapan Selamat Hari Raya di blog KM nie, terutama sekali buat Bro Julmazli Dempollok kerana sudi backlink ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri KM untuk blogger. Kalau nak dibandingkan dengan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari blog Saudara Hariz , ucapan KM jauh ketinggalan huhuhu…

Selamat Raya Raya Aidilfitri Sekali Lagi KM Ucapkan.

Post ini telah dilihat sebanyak :756

6 thoughts on “KM Sambut Raya Raya Aidilfitri Secara Sederhana.

  1. Kemeriahan raya masih lagi berterusan. Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua pembaca blog ini. :)

    Saya turut berasa bersedih atas kehilangan kedua ibu saudara tuan Kamal. Didoakan semoga keduanya ditempatkan bersama-sama dengan orang yang bertakwa. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge