Kisah Ular Dengan Gergaji.

Assalammualaikum,

KM nak berkongi info nie. Terima Kasih kepada Tuan Hisham Berkongsi info di Whatapp.

Kisah Ular Dengan Gergaji

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan ‘musuh’ tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain. Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud,

“Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah.”(HR Bukhari & Muslim)

Psst : Buat meraka yang mahu berfikir.

14,348 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Aku Biomed : Sipat yang tidak dapat dipisahkan dengan manusia. Sabar itu separuh dari iman.
    Kamal Mustafa recently posted…Prestasi Blog KamalMustafa.Com 2014.My Profile

  2. akubiomed says:

    Menarik perkongsian ini. Pengajaran belajar untuk mengawal api kemarahan.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top