Khasiat Kunyit.

Kunyit Bukan Sekadar Penyedap Makanan.

Kunyit dan masakan memang tidak boleh dipisahkan. Mungkin kerana ia bahan yang sering kita temui di dapur, kita hanya fikir kunyit sebagai penyedap makanan sahaja. Tahukah anda kunyit yang digunakan oleh nenek moyang kita kini mendapat perhatian yang serius daripada pakar-pakar dan hospital ternama di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Khasiat Kunyit

Kehebatan kunyit terletak pada ekstrak pigmennya yang memberikan warna kuning kepada kunyit. Pigmen yang begitu besar khasiatnya dan berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit dikenali sebagai curcumin.

Kunyit Penawar Mujarab Melawan Kanser.

Curcumin adalah antara bahan penyembuh yang terbaik dalam dunia perubatan tradisional dan moden. Sebiji pil daripada ekstrak curcumin ini seolah-olah mengambil 20 sudu teh serbuk kunyit yang terdapat di setiap dapur. Menurut pakar perubatan dari Pusat Kanser Texas, curcumin mempunyai keupayaan antioksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi akar umbi kepada penyakit kanser.

Radikal bebas merupakan bahan kimia yang meresap ke dalam darah dan merosakkan sel-sel di dalam badan. Menurut salah seorang pasukan penyelidik ini, Dr. Thomas Evans, curcumin yang mengandungi komponen bioaktif polifenol yang membantu mencegah tanda-tanda awal kanser.

Kunyit Agen Anti Radang.

Selain kanser, curcumin juga sangat baik untuk melawan radang yang menyebabkan bengkak, angin, sakit-sakit sendi dan sengal badan. Kepada yang mengalami sakit-sakit artritis yang disebabkan juga oleh radikal bebas, curcumin adalah bahan utama yang meringankan beban kesakitan. Dalam kajian ke atas para pesakit artritis di Eropah, pakar perubatan mendapati khasiat curcumin boleh dibandingkan dengan ubat-ubatan tahan sakit moden seperti phenylbutazone.

Malah, kajian mendapati, para penghidap artritis merasakan kekurangan sakit pada waktu pagi, mampu berjalan dengan lebih lama dan bengkak berkurangan. Selain itu, curcumin juga membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

Kredit Info : kosmo.com.my : Kunyit

637 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. akubiomed says:

    Pernah tanam pokok kunyit ditepi rumah.
    akubiomed recently posted…6 formula pantas menambah susu ibu tanpa bantuan suplemenMy Profile

  2. suri says:

    kunyit hidup orang buat masak lomak cili api heee
    suri recently posted…DIY Kusiner Storage Basket IKEAMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top