Kenapa KM Tak Makan Ikan Tilapia AKA Ikan Talapia?

Kenapa KM Tak Makan Ikan Tilapia AKA Ikan Talapia?

Fakta Tentang Ikan Tilapia

Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus.

Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia (lihat akuakultur tilapia). Di mana tilapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ia semakin menjadi spesies ceroboh yang bermasalah (lihat tilapia sebagai spesies eksotik).

Nak tau lagi fakta tentang ikan tilapia boleh layari laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Tilapia

Kenapa KM Tak Makan Ikan Tilapia AKA Talapia?

Masa kecik dan zaman persekolahan KM memang suka sangat makan ikan. Tak kiralah ape pun. Baik ikan laut atau darat. Bila dah remaja sikit, Ikan darat dah tak makan dah. Tak nafsu nak makan. Kemudian berlaku pulak Tsunami tahun 2005,terus KM banned makan ikan. Sekarang dah makan balik dah tapi ade jenis-jenis ikan yang KM makan seperti ikan tenggiri, ikan kerisi, ikan pari, ikan bawal, Ketam, sotong dan siput sedut.

Satu ketika dulu KM suka sangat makan Ikan Tilapia aka talapia. Naklak ikan talapia salai masak lemak cili api, sos dan macam-macam lagi. Ikan talapia nie adalah satu-satunya ikan yang KM masih makan disamping ikan yang lain sehinggalah KM mula bekerja di sebuah syarikat yang berkaitan dengan kerja-kerja di Loji Kumbahan IWK.

Sejak dari itu KM banned ikan talapia nie kat rumah. Bukan KM nak menakut-nakutkan mereka yang makan atau menjual ikan nie tapi kalau bagi free pun KM tak nak. Takpolah!!!. Saranan KM kepada pengemar ikan talapia nie pastikanlah dari mana ikan yang anda makan atau beli diperolehi. Jangan dari tempat nie sudahlah

Diantara kerja-kerja sub-con IWK ialah membersihkan kawasan dalam loji. Sama ada memotong rumput,menyapu sampah dan lain-lain. Antaranya juga ialah, menangguk ikan yang mati.

Nama loji KM tutup supaya orang tak ceroboh masuk untuk menangkap ikan.

Inilah paddle wheel namanya, untuk kitaran oksigen dalam kolam tue. Bila paddle wheel nie tidak berfungsi, time itulah ikan mati kerana kekurangan oksigen.

Kerja-kerja menangguk ikan yang mati, Ikan yang terkapong-kapong di permukaan kolam

Longgok dulu, dah habis baru buang.

Besarkan ikan tilapia nie.

Korang ingat berapa banyak agak-agaknya ikan yang dapat ditangguk.

Satu Lori tue baiii……

Kalau korang betul-betul nak bisnes ikan talapia nie, KM sarankan elok korang dapatkan ebook panduan menternak ikan talapia dengan cara yang betul. serius boleh buat duit. Nak tahu klik banner kat bawah nie.

 

1,690 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

8 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. resep masakan indonesia terbaru dan mudah says:

    ini baru postingan berkualitas namanya 🙂

  2. pacat bola says:

    salam KM,
    biasanya kat KL ni elakkan dr makan talapia hitam terutama yg kat pasar malam…hehehe..carilah talapia yg kaler cerah yg ternak sangkar sungai atau kolam kg.

  3. zik says:

    erk.. patutlah.. tapi kalau kat area2 kampung nie… biasa dioarang dapatkan dari kolam ternakan ikan niih… cuma kasi makan apa tak tahu..
    zik recently posted…Boleh buat apa dengan pokok kelapa nieMy Profile

  4. titan
    Twitter:
    says:

    haha, aku makan aje..selagi diorang tak bagitau ni ikan apa. aku memang fail sket bab-bab kenal nama ikan ni..
    titan recently posted…Komisen kedua dari BidtrafficMy Profile

  5. Sabahan Bloggers Club says:

    Salam.
    Tu yang buat sedap makan ikan tilapia ni…. 😀 😀 😀
    Sabahan Bloggers Club recently posted…Nuffnang blog advertising communityMy Profile

  6. akubiomed says:

    Sekali imbas baca macam sama sahaja. Rupanya 2 spesis yang berbeza. Saya tidak suka makan ikan 🙂
    akubiomed recently posted…Masih adakah hari esok untuk akuMy Profile

  7. Kamal Mustafa says:

    Memang betul…tak tipu punye!!

  8. MDHAFiZ.NET
    Twitter:
    says:

    biar betul??? akau x tau sangat bab nama2 ikan nih…99 nama2 Allah insyaAllah ingat..hehehe…teruk benar nafsu meraka tangkap ikan kt kumbahan?
    btw, aku ada buat satu blog BM. kalau x kebertan singgah lah ye :

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top