Kenali Seniwati Neng Yatimah.

Seniwati Neng Yatimah

Seniwati Air Mata Neng Yatimah.

Kalau sebut nama Tan Sri P.Ramlee tentu ramai yang kenal dan menceritakan segala macam cerita mengenai seniman agung tersohor negara itu. Tidak kurang pula dengan kehadirin beberapa artis veteran yang masih bergiat aktif dalam dunia lakonan sekarang seperti Seniman Dato Aziz Satar dan seniwati Mariani.

Namun dicelah-celah kelibat artis veteran yang masih ada hari ini, ada seorang seniwati yang KM rasa lakonannya tiada siapa dapat atasi. Digelar seniwati air mata beliau yang dimaksudkan ialah Seniwati Neng Yatimah.

Neng Yatimah Dalam Bidang Lakonan

Yatimah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Neng Yatimah merupakan seorang seniwati filem Melayu tahun 1950-an dan 1960-an yang terkenal. Beliau terkenal dengan peranan sebagai seorang pelakon air mata. Lakonkannya mampu mengguris perasaan penonton, apatah lagi ada yang turut bersama-sama menitiskan air mata.Malah, air mata jugalah meletakkan namanya di puncak kegemilangan lakonannya dalam perfileman Melayu studio Jalan Ampas dulu. Itulah dia Seniwati Neng Yatimah. Air mata dengan beliau seakan-akan sudah sebati.

Seniwati Neng Yatimah telah berlakon lebih 30 buah filem yang menampilkannya sebagai heroin ataupun watak ibu. Filem pertama lakonannya adalah Nilam (1949) sebagai pelakon pembantu. Manakala melalui Takdir Illahi (1950) sebagai pelakon utama watak beliau meninggalkan kesan dan menaikkan nama beliau di studio Jalan Ampas ketika itu.

Fakta Menarik Mengenai Neng Yatimah.

  • Nama sebenar Neng Yatimah ialah Buntat Binti Ahmad.
  • Seniman agung P. Ramlee memberikan nama Neng Yatimah kepadanya bagi menggantikan gelaran Buntat sebelumnya. Neng ditambah kerana beliau berasal dari Indonesia.
  • Neng Yatimah bercita-cita menjadi seorang guru, tetapi ayahnya hanya membenarkan beliau bersekolah setakat darjah lima di Sekolah Perempuan Melayu Rochore, Singapura.
  • Neng Yatimah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi Jasni Ahmad ketika berusia 14 tahun.
  • A.R. Tompel adalah orang yang bertanggung jawab membawa Neng Yatimah ke bidang lakonan.
  • Neng Yatimah adalah ibu kepada Pelakon veteran Roseyatimah.
  • Neng Yatimah pernah merakamkan rekod lagu bertajuk Asmara Terkenang dengan menggunakan nama Neng Buntat.
  • Neng Yatimah mendapat Pingat Jasa Negara (AMN) dan Anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-13 (1997).

Cerita Dato Aziz Satar Mengenai Seniwati Neng Yatimah.

Dato Aziz Satar menceritakan satu kejadian pada 1957, ketika dia dan rakan artis lain, Neng Yatimah, Syed Hamid, Momok Latiff dan R Azmi dalam perjalanan dari Kuala Pilah menuju ke stesen keretapi Tampin.

“Waktu itu komunis masih mengganas, jadi apa saja yang berlaku di tengah jalan memang mencurigakan. Entah macam mana kereta yang kami naiki tiba-tiba pancit di satu persimpangan jalan pada jam 1 pagi.

“Selepas saya menanggalkan semua nat pada tayar yang pancit itu, Neng Yatimah mengangkat kereta seorang diri,” katanya.

Psst : Watak Mak Neng yang dibawa oleh Salleh Yaakob di radio Sinar tue inspirasi dari Seniwati Neng Yatimah.

160 total views, 3 views today

Tags: , , , , ,

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. ohcikgu
    Twitter:
    says:

    best pula ye dengar lagu tu..
    ohcikgu recently posted…Safee Sali tak berkenan kontrak 3 tahun.My Profile

  2. akubiomed says:

    Mana datang tenaga untuk mengangkat kereta yang berat?
    akubiomed recently posted…Cahaya bergemelapan di i-cityMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top