Kenali Negeri Sembilan Dengan Melawat Muzium Adat Jelebu.

Assalammualaikum,

KM rasa kalau anda ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah, adat, muzik dan kehidupan masyarakat di Negeri Sembilan, Muzium Adat adalah tempat yang pertama anda harus lawati. Boleh dikatakan di Muzium Adat ini memaparkan kebanyakkan adat-adat yang ada di Malaysia ini. Bukan adat dari kaum melayu sahaja. Adat kaum lain juga ada dipamerkan.

Muzium Adat Jelebu

Muzium Adat (Jabatan Muzium Malaysia) di Kuala Klawang, Jelebu ini terletak kira-kira 36 km dari Bandar Seremban. Kalau dari Port Dickson lebih kurang 78 km. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 2005 dan dirasmikan pada 2 Februari 2008.

Ada 4 galeri yang dipamerkan di Muzium Adat ini, Jangan risau ada lift disediakan utk mereka yang tak berdaya menaiki tangga.

Galeri Aras Bawah – Tumpuan diberikan kepada pengenalan dan konsep adat di Malaysia. Ia meliputi sejarah awal tercetusnya adat terbesar di Alam Melayu iaitu Adat Perpatih dan Temenggung menerusi replika Batu Batikam dan Batu Baling, artifak atau peralatan upacara adat serta pakaian adat dari pelbagai kaum di Malaysia.

IMG_1129[10-58-13]

Galeri Aras Satu – Mempamerkan adat-adat yang dikaitkan dengan kitaran hidup manusia termasuk kelahiran, perkahwinan, kematian dan kegiatan ekonomi serta amalan ritual seperti bobohizan, adat turun perahu, perubatan tradisional dan juga menifestasi adat menerusi peralatan muzik.

Muzium_Adat_Jelebu (1)

Galeri Aras Dua – Mempamerkan tentang kegiatan intelektual di istana dan rakyat dengan mempamerkan artifak seperti manuskrip dari Sejarah Melayu, Batu Bersurat Terengganu serta cerita-cerita rakyat. Di samping itu, di aras ini turut mempamerkan kedaulatan dan kekuasaan Raja-Raja Melayu dan pembesar tempatan. Ini dapat dilihat menerusi diorama Kerjan Undang Luak Jelebu. Selain itu, terdapat juga artifak lain yang menjadi simbol kedaulatan seperti keris kuasa, tengkolok, sumber perundangan, singahsana Yang Dipertuan Agong pertama serta amalan undang-undang adat (native court) di Sarawak seperti orang Iban.

Muzium_Adat_Jelebu (13)

Galeri Aras Tiga – Mempamerkan segmen khusus tentang Adat Perpatih secara historikal yang bermula dari Sumatera (Alam Minangkabau) sehingga bertapak di Negeri Sembilan yang disokong dengan artifak seperti keris, tepak sireh, peti kayu untuk merantau, lesung indik, bujam epok dan lain-lain.

IMG_1148[11-02-06]

Video Semasa KM di Muzium Adat, Kuala Klawang,Jelebu, Negeri Sembilan.

Hari dan Masa Lawatan:
Dibuka pada setiap hari dari pukul 9.00 pagi – 5.00 petang.
Tutup pada Cuti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.

Bayaran Masuk : Percuma

Alamat:
Muzium Adat Jabatan Muzium Malaysia
196, Jalan Dato’ Umbi,
71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: 06-613 6586 / 6621
Fax: 06-613 6664



9,015 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top