Kenali Loo Jo Yee Binti Abdullah

Loo Jo Yee Binti Abdullah

Loo Jo Yee Gadis Berketurunan Cina Yang Memeluk Islam.

Mungkin ramai yang telah tahu cerita tentang gadis yang bernama Loo Jo Yee nie. Loo Jo Yee telah memeluk agama Islam ketika masih berusia 17 tahun. Temu bual dengan Loo Jo Yee ada disiarka di TV Al-Hijrah. Loo Jo Yee (sebelah kanan). Ada kisah menarik mengenai Loo Jo Yee. Mari kita kongsi cerita Loo Jo Yee.


Loo Jo Yee tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Loo Jo Yee Memeluk Islam Pada Usia 17 Tahun.

Loo Jo Yee telah memeluk agama Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, Loo Jo Yee terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

A message from joyee : assalamualaikum to everyone. I would like to make a clarification here, when I said “Bakal Paderi Wanita Pertama”, it was a slipped of tongue (accidentally said) because it was my first time giving a speech and i was too nervous and excited. There are other woman pastor in the church already. What i really meant was I just want to be like them. I would like to apologize if i have cause any misunderstanding. (:

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan Loo Jo Yee bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga Loo Jo Yee sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Loo Jo Yee mendapat hidayah dari dua peristiwa. Yang pertama adalah, Loo Jo Yee mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, Loo Jo Yee bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, Loo Jo Yee telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin Loo Jo Yee mengkaji, semakin lama Loo Jo Yee mula tertarik dengan ajaran Islam. Loo Jo Yee sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, Loo Jo Yee telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua Loo Jo Yee adalah ketika Loo Jo Yee menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Loo Jo Yee merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan Loo Jo Yee walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ Loo Jo Yee untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Loo Jo Yee cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika Loo Jo Yee menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, Loo Jo Yee yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la Loo Jo Yee mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana Loo Jo Yee berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia Loo Jo Yee sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang Loo Jo Yee terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Loo Jo Yee sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap Loo Jo Yee. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Video Temubual Dengan Loo Jo Yee.

624 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

9 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. rahman says:

    harap harap saudara baru dapat di bimbing dengan sebaik baiknya.. jabatan ugama perlu melipatgandakan lagi usaha bagi membantu
    rahman recently posted…Makan malam mee rebus singapura Datuk Aziz Sattar di Rasta TTDIMy Profile

  2. razfira says:

    Alhamdulillah

    untung dia mendapat hidayah Allah

    kita mcm mana pula?

  3. rakan2 islam yg lain harus membantunya menghadapi segala dugaan yg dtg..
    Jebeng Otai™ recently posted…PosLaju : Kotak dan Sampul PrabayarMy Profile

  4. titan
    Twitter:
    says:

    comel dia. alhamdulillahh..berubah sorang..
    titan recently posted…Edisi Siasat – Buat Duit dengan HzToursMy Profile

  5. akubiomed says:

    Dugaan untuk Mualaf diterima dan dihina. Moga Allah SWT mempermudahkan segala dugaannya.
    akubiomed recently posted…Peraduan iPunya! Beli & Menang dengan P1My Profile

  6. azmanisma
    Twitter:
    says:

    sukar hidup dia,but allahamdulillah,iman dia kuat.
    azmanisma recently posted…Renungan Jumaat : Sempurnakah Wuduk Kita?My Profile

  7. dzuandiey says:

    Alhamdulillah…inilah perjuangan sebenar yang Islam cari…moga terus diberi hidayah olehNya.. 🙂

  8. rahman says:

    kisah yang menarik.. seharusnya kita perlu lebih bersyukur telah di lahirkan sebagai orang islam.
    rahman recently posted…Berbasikal demi kesihatanMy Profile

  9. anif
    Twitter:
    says:

    Alhamdulillah..
    anif recently posted…Harga Proton PreveMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top