Keluar Mulut Buaya, Masuk Mulut Naga.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Minggu lepas KM telah berpindah hosting. Kalau tidak silap KM menggunakan hosting buaya sejak tahun 2007. Masa itu memang tip top, tiada masaalah. sehinggalah pertengahan tahun 2013 apabila blog KM menghadapai masalah database.

Sejak dari peristiwa itu hingga minggu lepas blog ini sering menghadapi masalah error 404, 500, 503. Bila view blog dan login slow sangat. Geram betul bila sering ditimpa masalah yang sama. Ini adalah punca hilang semangat nak berblogging

Kecewa - Keluar Mulut Buaya, Masuk Mulut Naga.

Bukan untuk domain Kamalmustafa.com sahaja, semua domain yang host di hosting buaya menghadapi masalah yang sama. Sedangkan blog-blog tersebut jarang update.

Minta tolong live support, kalau dulu memang cepat. Tapi sekarang bukan main lambat. Estimate 30 minit katanya tapi jam tak bergerak pun. Dekat 1 jam baru ada. KM dah letih asyik bertanya apa yang menyebabkan terjadinya masalah ini, jawapannya masalah pluginlah, server maintanancelah. Bila deactive plugin masalah yang sama masih juga timbul.

Jadi KM mula survey hosting mana yang berbaloi kalau guna. Kemudian setelah ditimbang, KM mengambil keputusan menggunakan hosting Serverfreak. Selesai purchase hosting plan Serverfreak, KM minta diorang migrate website kamalmustafa.com ke hosting baru.

Untuk update blog KM selalunya guna line streamyx kalau di office dan celcom broadband kalau nak update blog di rumah. Kalau dengan hosting buaya dahulu walaupun slow loadingnya masih boleh login blog, cpanel atau view blog.

Tapi sekarang selepas berpindah hosting Serverfreak lain pulak masalahnya. Dah macam Keluar Mulut Buaya, Masuk Mulut Naga pulak. Di office KM boleh login blog, cpanel atau view blog seperti biasa. Tapi di rumah tak boleh langsung.

Pening betul dibuatnya. Sampai hari ini tak dapat nak update blog di rumah. Terpaksa Bergantung pada line streamyx office aje. Sudah submit ticket ke Serverfreak. Mereka kata server semua ok, dan mereka boleh view blog KM dengan baik.

Bila fikir-fikir balik KM rasa line celcom broadband nie tak serasi dengan Serverfreak agaknya. Ini kerana ada beberapa blog orang lain yang menggunakan hosting Serverfreak KM tak dapat nak blogwalking kat rumah termasuk blog bro Hairulafiz.com, tapi kat office semua boleh.

Apa pendapat korang, apa masalah sebenarnya atau KM kena berpindah hosting lagi ke?

3,177 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

6 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Zik : Sekarang dah ok dah. Foor now
    Kamal Mustafa recently posted…Pengomen Mantap Bulan April 2014 My Profile

  2. zik says:

    pakai datakl pun ok..hehe promote lak…
    zik recently posted…Muat turun Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41, 2014!!My Profile

  3. Kamal Mustafa says:

    @Hafiz : Mungkin jugaklah, skrg guna line stremyx office ajolah ha. 🙁
    Kamal Mustafa recently posted…Keluar Mulut Buaya, Masuk Mulut Naga.My Profile

  4. hafiz
    Twitter:
    says:

    yeke bro, maybe line celcom tu kot…

  5. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : Betul tue. Boleh hilang semangat dibuatnya
    Kamal Mustafa recently posted…Keluar Mulut Buaya, Masuk Mulut Naga.My Profile

  6. akubiomed says:

    Sakit hati dan sakit kepala kalau masalah teknikal seperti ini berlaku.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top