Kelor Sinonim Dengan Masyarakat India Di Malaysia.

Info Mengenai Kelor

Kelor atau merunggai (Moringa oleifera) adalah sejenis tumbuhan dari suku Moringaceae. Buah berbentuk panjang bersegi tiga, panjang 20 – 60 cm; buah muda berwarna hijau – setelah tua menjadi cokelat, bentuk biji bulat – berwarna coklat kehitaman, berbuah setelah berumur 12 – 18 bulan.  Akar tunggang, berwarna putih, membesar seperti lobak dan ditanam secara meluas di kawasan tropika dan sub-tropika di mana buah biji muda dan daunnya digunakan sebagai sayuran manakala bijinya dijadikan minyak. Moringa kemungkinan besar berasal dari India, pokok yang tahan kemarau pokok yang cepat membesar.

Pokok kelor

Selain India, Etiopia, Somalia, dan Sudan juga sejak lama sudah menjadikan menanam pokok kelor sebagai tradisi penduduknya. Pokok Kelor menjadi sebahagian dari kehidupan sehari-hari sebagai bahan sayuran, ubat-ubatan, dan juga untuk dijual

Khasiat Kelor.

Antara bahagian kelor yang boleh dimakan, daun kelor adalah yang paling berkhasiat. Antara khasiat yang terkandung dalam daun kelor ialah:

– Vitamin A as beta-carotene
– Calcium
– Potassium
– Protein
– Vitamin C
Pokok kelor

Manfaat utama daun kelor adalah :

– Meningkatkan ketahanan imun badan
– Menyegarkan mata dan otak
– Meningkatkan metabolisme badan
– Meningkatkan stuktur sel tubuh
– Meningkatkan serum kolesterol semulajadi
– Mengurangkan kedutan dan garis – garis pada kulit
– Meningkatkan fungsi normal hati dan buah pinggang
– Mencantikkan kulit
– Meningkatkan tenaga
– Memudahkan pencernaan
– Antioksida
– Bersifat anti – keradangan
– Mengawal kadar gula dalam darah

WHO menobatkan kelor sebagai pokok ajaib setelah melakukan kajian dan mendapati bahawa tumbuhan ini berjasa sebagai penambah kesihatan berharga murah selama 40 tahun ini di negara – negara termiskin di dunia . Pokok kelor memang tersebar luas di padang – padang Afrika , Amerika Latin , dan Asia . National Institute of Health ( NIH ) pada 21 Mac 2008 berkata , bahawa pokok kelor ” Telah digunakan sebagai ubat oleh pelbagai kumpulan etnik asli untuk mencegah atau merawat lebih dari 300 jenis penyakit .

Tradisi rawatan ayurveda India kuno menunjukkan bahawa 300 jenis penyakit boleh dirawat dengan daun moringa oleifera .

Pokok kelor

Nama Lain Untuk Kelor.

Indonesia: Kelor, limaran (Jawa)
Inggris : Moringa, ben-oil tree, clarifier tree, drumstick tree
Malaysia : Melayu : kelor, India : merunggai, Benggali : sajina
Vietnam : Chùm ngây
Thailand : ma-rum
Filipina : Malunggay

Di Malaysia, Kelor cukup sinonim dengan masyarakat India. Seperti masyarakat melayu antara resepi yang menggunakan kelor adalah kari buah kelor.

1,530 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

5 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

Sites That Link to this Post

  1. Buah Kelor Masak Kari Dengan Kacang Dal | March 15, 2014
  1. Kamal Mustafa says:

    @Hafiz Amran : Cuba bertanya kepada kengkawan India, mereka memang selalu makan buah kelor nie.
    Kamal Mustafa recently posted…3 Langkah Paling Mudah Untuk Lajukan CPU Dan Laptop.My Profile

  2. Hafiz Amran says:

    Mana saya boleh dapatkan buah ni jika di sekitar gombak? saya sangat memerlukan untuk rawatan.

  3. hafiz
    Twitter:
    says:

    Baru je cari daun ni buat bedak utk demam campak anak aku…
    hafiz recently posted…Terima hadiah dari IntanBerlianMy Profile

  4. akubiomed says:

    Tentu ada kajian untuk komersialkan khasiat pokok ini. Negara mempunyai khazanah flora yang belum dieksplorasi sepenuhnya.
    akubiomed recently posted…Zombi Kilang Biskut kembali menghantui pawagamMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top