Kamal Info : Tahukah Anda Bahawa?…..

Update : 29/10/2010

Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah Muhammad


Pada 12 Rabiulawal iaitu Hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W,di Tanah Arab,pokok buah-buahan akan berbunga dan seterusnya berbuah


Pahlawan Melayu Mat Kilau hidup lebih dari 100 tahun

Dalam cerita animasi Naruto, Tanda Ikatan ,contohnya seperti di kepala diperlukan untuk menggunakan jutsu? (merupakan seni mistikal yang digunakan oleh ninja ketika bertarung)

Labuan dahulunya tidak berpenghuni sehinggalah kedatangan pihak British dan menjadikannya sebagai tapak operasi menentang lanun?

Darurat di Tanah Melayu terjadi adalah akibat persengketaan antara Parti Komunis Malaya dengan kerajaan British?

Perjanjian Inggeris-Siam 1909 membahagikan Negeri-Negeri Melayu kepada dua, namun kerajaan Melayu yang berkuasa di negeri-negeri tersebut tidak diajak berunding

Orang India Malaysia telah berhijrah dari India ke Tanah Melayu sejak 2,000 tahun yang lalu?

Ibrahim Libya merupakan pegawai JAKIM sebelum dituduh membawa ajaran sesat dan terbunuh dalam Peristiwa Memali 1985?

Puteri Diana cemerlang dalam sukan dan merupakan seorang penyanyi amatur yang baik?

Pemberontakan Taiping,(Bukan Taiping Perak) sebuah pemberontakan yang besar, membabitkan sekitar satu pertiga kawasan China yang dikuasai oleh Taiping Tianguo, gerakan agama kuasi-Kristian yang diketuai oleh Hong Xiuquan, “Raja dari Syurga”. Hanya selepas empat belas tahun bahawa pemberontakan Taiping akhirnya dihancurkan ketika angkatan tentera Taiping dimusnahkan dalam Pertempuran Ketiga Nanking pada tahun 1864. Pada keseluruhannya, antara 20 – 50 juta orang dikorbankan, dan menyebabkan perang ini merupakan perang yang kedua paling mengorbankan nyawa dalam sejarah manusia.

Pertempuran Muar merupakan serangan balasan tentera Jepun terhadap Pertempuran Jambatan Gemencheh.

Otot manusia yang paling kuat adalah lidah mereka

Anda mempunyai tarikh lahir yang sama dengan lebih kurang 9 juta orang di seluruh dunia.

Jaket kalis peluru, pengilap cermin kereta dan mesin pencetak laser semuanya dicipta oleh wanita

Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25 meter berdiri di dalamnya.

Zirafah mempunyai lidah sepanjang 21 inci, yang membolehkannya membersihkan telinga tanpa perlu bersusah-payah.

Asalnya air minuman Coca-Cola berwarna hijau.

Gelang getah akan menjadi lebih tahan kalau disimpan di dalam peti sejuk.

Planet Zuhrah berputar pada arah yang berbeza dengan planet-planet lain.

Sekitar tahun 1000 SM, kebanyakan masyarakat Mesir kuno hidup hingga berumur 30 tahun sahaja.

April Fool adalah nama rahsia untuk pengintip dan ejen bermuka dua yang dikatakan memainkan peranan penting dalam kejatuhan diktator Iraq, Saddam Hussein.Menurut Jeneral Tommy Franks, panglima tentera Amerika Syarikat dalam perang Iraq 2003, April Fool adalah seorang pegawai Amerika dan bekerja sebagai diplomat dan pada masa sama ejen sulit telah dihampiri oleh ejen risikan Iraq. April Fool kemudian menjual maklumat palsu kepada Iraq kononnya rancangan pencerobohan tentera Amerika. Maklumat palsu ini memberi petunjuk yang salah kepada tentera Iraq yang melemahkan pertahanan mereka dalam menghadapi pencerobohan tentera Amerika Syarikat.Baghdad jatuh ke tangan tentera Amerika Syarikat beberapa minggu kemudian yang juga menyaksikan kejatuhan rejim Saddam Hussein.

Pada 1 April 2005, laman web Malaysiakini menyiarkan berita mengenai tiga menteri Kabinet dan seorang Menteri Besar akan didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Empat pemimpin itu dikatakan sebahagian daripada 18 kes rasuah melibatkan orang kenamaan yang disiasat oleh Jabatan Peguam Negara.Laporan itu dikeluarkan pada pukul 10.18 pagi tetapi disusuli tiga minit kemudian dengan satu penjelasan bahawa ia hanyalah satu jenaka yang menyebabkan kemarahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.Malaysiakini memberi penjelasan yang disiarkan pada pukul 5.20 petang yang sama, dengan memaklumkan bahawa laporan itu dibuat untuk mencetuskan perbincangan di kalangan masyakat tentang isu rasuah. Ia juga mahu menarik perhatian masyarakat kepada apa yang disifatkannya sebagai “belum lagi dilakukan” oleh kerajaan untuk melawan jenayah itu

Menara Eiffel ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Dinamakan bersempena nama perancangnya, Gustave Eiffel, menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada 2005 dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina. Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 meter.

Seluruh kota Reykjavik, ibu negara Iceland, dihangatkan oleh haba air panas bawah tanah.Reykjavik juga merupakan salah sebuah bandar terbersih di dunia.

Menurut sebuah kajian yang pernah dibuat,rambut orang-orang bijak didapati lebih banyak unsur zink dan tembaga berbanding orang yang kurang bijak.

Askar di semua negara memberi tabik dengan tangan kanan.

Secara purata, kita ketawa 15 kali dalam sehari. Orang yang tidak ketawa adalah orang yang tidak normal.Betulkah begitu?.

Seorang pengembara British bernama Martin Frobisher mencetuskan demam emas di England pada 1578 apabila membawa pulang 200 tan emas yang berkilat-kilat dari Pulau Baffin. Persiapan serta-merta dibuat untuk mendapatkan lebih banyak emas itu. Namun, setelah diperiksa dengan teliti, logam yang disangkakan emas itu sebenarnya adalah besi kuning! besi itu kemudiannya dilebur untuk membaik pulih jalan raya!

Tahukah Anda bahawa istilah mentor berasal dari nama seorang tokoh dalam kisah mitos Greek, Mentor anak Alcumus?”. Mentor merupakan anak kepada Alcumus, yang juga merupakan kawan kepada Odysseus. Apabila Odysseus menyertai perang Trojan, dia telah meminta Mentor untuk menjaga anaknya iaitu Telemachus dan istananya.

Sebelum Sepanyol menakluk Amerika Selatan, orang-orang Inca tidak mempunyai bekalan besi. Untuk itu, mereka menggunakan emas bagi membuat paku, sudu, garpu, sikat dan pelentik bulu mata.

Dr. Samuel Johnson, penulis terkenal Inggeris minum 40 cawan teh sehari.

pernahkah mata anda terkedip-kedip tiba-tiba? Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana mata anda ingin tertutup selama sejam pada hari-hari tertentu

kaum Papia Kristang terhasil daripada perkahwinan campur antara masyarakat Belanda atau Portugis dengan masyarakat melayu tempatan.Antara selebriti Malaysia yang berketurunan Papia Kristang adalah Hans Isaac

Tahukah Anda bahawa di sesetengah tempat, Dorayaki terkenal kerana menjadi kuih kegemaran Doraemon

Tahukah Anda bahawa antara makanan pepatung termasuklah nyamuk, lalat, lebah, semut dan kupu-kupu

Tahukah anda bahawa simbol mata wang dollar $ tidak diketahui berasal dari mana, namun kemungkingan berasal dari huruf U dan S (U.S)?

Tahukah anda bahawa sebelum wang kertas digunakan, Amerika menggunakan kulit rusa (buckskins)? Hingga sekarang orang mengenall istilah bucks.

Tahukah anda bahawa ular tidak boleh mendengar.Ular menari semasa seruling dibunyikan kerana ia dapat merasai getaran disekitarnya.

1,460 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

4 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. zik says:

    perghh tak sangka…. naruto pun ada gak…hehe
    zik recently posted…Selawat pelindung diriMy Profile

  2. Kamal Mustafa says:

    Apo yang diketawa an tue….

  3. Ali ridha says:

    aku terlebih ketawa.
    time main pesbuk.
    x payah crita le.huhuhu………

  4. Mus
    Twitter:
    says:

    bagusnya info ini..

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top