Kamal Info : Makanan Yang Merangsang Minda

SEKIRANYA anda sukar memberi perhatian kepada pekerjaan atau anda memerlukan “perangsang” untuk men­duduki peperiksaan akhir contohnya, terdapat banyak makanan dan suple­men yang boleh diambil untuk meningkatkan daya ingatan, konsen­trasi dan penumpuan. Kalau makanan minda ini digabungkan dengan amalan senaman dan tidur yang cukup, kuasa otak akan meningkat dalam masa yang singkat.

Bagaimanapun, apa yang perlu anda ingat adalah sesete­ngah makanan memberi manfaat kepada otak, namun ada juga yang sebaliknya. Makanan terproses yang kaya dengan karbohidrat ringkas, gula, garam dan bahan pengawet yang terdapat dalam sesetengah kek, sesetengah jenis roti dan bijirin  boleh merangsangkan rembesan bahan kimia yang diperlukan oleh otak untuk berfungsi dengan berke­san.

Jika anda mencari‑cari makanan yang mampu merangsang kuasa minda, beberapa makanan, herba dan makanan tambahan di bawah ini barangkali boleh membantu.

Telur

Bahan utama bahagian pepejal otak terdiri daripada lemak jadi kita harus membekalkannya dengan “lemak baik” atau asid lemak penting (EFA) melalui diet seharian kerana tubuh kita tidak menghasilkannya. Malah lemak penting dalam pemben­tukkan sinap pada otak yang terbabit dalam pembentukkan dan pengekalan  daya ingatan. Telur, merupakan sum­ber EFA yang paling baik.

lkan berminyak

Kalau ibu anda memberitahu makan ikan boleh menjadikan anda bijak, dia tidak berbohong. Jenis ikan berminyak seperti salmon, sardin, mackerel dan herring kaya dengan EFA yang dikenali sebagai asid lemak omega 3. la adalah komponen lemak yang penting bagi sel otak dan meningkatkan daya ingatan dan pem­belajaran. Sardin misainya tinggi de­ngan kolin, bahan kimia asas untuk ingatan. Malangnya tidak semua orang suka makan ikan ruginya.

Soya

Kesemua makanan yang dise­butkan di atas adalah berasaskan protein. Protein penting kepada neu­rotransmiter yang dikaitkan dengan memori. Kandungan protein dalam soya juga tidak terkecuali. Protein soya sama ada dalam bentuk makanan tambahan, cecair atau serbuk adalah sumber yang sangat baik. Tetapi soya yang ditemui dalam susu kacang soya atau suplemen isoflavone perlu untuk meningkatkan memori verbal dan non‑verbal dan kefleksibelan mental.

Gingko Biloba

Apa Ginko Biloba itu?. Nama gorilla ke?.Ish jangan mengelabah, Gingko Biloba ini telah digunakan dalam budaya Eropah sejak beribu tahun dahulu dan merupakan “herba minda” yang paling terkenal dan mujarab. Gingko biloba berperanan meningkatkan pengaliran darah ke otak, mengem­bangkan saluran darah dan meningkatkan bekalan oksigen. Namun keputusannya tidk akan berlaku sekelip mata. Perubahan hanya akan dapat dilihat selepas beberapa minggu. la juga mempunyai “kuasa membunuh” radikal bebas yang boleh merosakkan otak. Tingkatkan kuasa minda anda dengan
gingko biloba.

Teh hijau dan hitam

Kajian terbaru menunjukkan teh hijau dan hitam memberi kesan positif kepada aizheimer, penyakit neurode­ generatif yang berlaku akibat kehila­ngan fungsi mental dan daya ingatan. Penyakit ini juga dikenali dengan “nyanyuk” dikalangan penduduk Malaysia. Ubat khusus sedang dikaji untuk me­rawatnya. Kedua‑dua jenis teh ini menen­tang alzheimer dalam banyak cara. Namun kaedah paling berkesan ialah dengan menghalang pemecahan asetilkolin, bahan kimia penting yang terlibat dengan memori, yang didapati berkurangan pada pesakit alzheimer. Teh hijau lebih baik kerana kesan­nya mampu bertahan selama seming­gu, manakala teh hitam (diperam lebih lama berbanding teh hijau) hanya dapat bertahan sehari.

Sage

Kajian terbaru mendapati, subjek yang mengambil sage (herba yang sering dicampurkan dalam masakan) menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian ingatan. Walaupun mekanismenya tidak jelas, pakar perubatan percaya sage meningkatkan paras bahan kimia yang membantu memindahkan mesej dalam otak. Kini sage sedang dikaji kegunaannya sebagai ubat merawat pesakit aizheimer. Ini kerana penderita alzheimer dikesan mengalami kekurangan bahan kimia tersebut.

Rosemary

Seperti sage, rosemary berupaya merangsang memori, menguatkan kejelasan mental dan meringankan kelesuan mental. Kajian menunjukkan rosemary meninggikan daya ingatan jangka panjang sekitar 15 peratus.

Vitamin B

Diet seimbang akan memberikan semua vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Tetapi vitamin B kompleks amat penting untuk me­mori, terutama tatkala anda sedang berhadapan dengan stres. Apabila anda mengalami tekanan fizikal atau mental, tubuh akan kekurangan vita­min B. Kekurangan ini menghalang tubuh menghasilkan asetilkolin, bahan kimia yang terlibat dengan memori, menghalang otak daripada berfungsi. Vitamin B juga berperanan me­ngangkut oksigen ke otak dan memusnahkan radikal bebas yang membantu meningkatkan daya ingatan dan menajamkan pancain­dera. Anda sama ada boleh mengambil makanan tambahan atau makanan kaya dengan vitamin B seperti hati, telur, kacang lentil, kacang soya dan kacang hijau.

Zat besi

Kekurangan zat besi (paling lazim berlaku di kalangan rakyat Amerika Syarikat) sering dikaitkan dengan kesan yang tidak baik termasuk sukar menumpukan perhatian dan tahap kecerdikan yang menurun. Zat besi berfungsi membawa oksigenke otak dan kekurangan oksigen dikaitkan dengan kekurangan zat besi yang boleh menyebabkan aktiviti sel otak menjadi perlahan. Ujian darah yang ringkas boleh menentukan anda kurang zat besi. Pengambilan makanan tambahan atau makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging merah, kacang dan bijirin yang diperkaya dengan zat besi boleh membantu anda mening­gikan kadar zat besi dalam tubuh. Vitamin C turut berupaya membantu tubuh menyerap zat besi, jadi cubalah menggabungkannya sama ada ketika makan atau mengambil suplemen.

Air

Hampir 70 peratus otak terdiri daripada air yang penting untuk daya ingatan. Bukan itu sahaja, air berpe­ranan untuk mengawal fungsi otak secara keseluruhan. Apabila air berkurangan, perjalanannya menjadi perlahan. Ianya benar terutamaapabila berkait dengan memori. Otak yang mengalami kekurangan air akan membebaskan hormon korti­sol. Kesannya, kapasiti otak untuk menyimpan maklumat dan mencipta memori menurun. Selain itu kortisol menyebabkan adrenalin dirembeskan yang secara tidak langsung turut menjejaskan fungsi otak.

Makanan minda

Sebenarnya tidak sukar untuk mengintegrasikan beberapa makanan dan suplemen bagi meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi dalam diet seharian. Telur di sebelah pagi, secawan teh selepas makan tengah hari, sedikit sage yang dicampurkan sos spageti sewaktu makan malam dan minum banyak air… anda akan muncul sebagai individu genius dalam masa yang singkat

993 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

9 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

Sites That Link to this Post

  1. Makanan Murah Tetapi Tinggi Khasiatnya | April 18, 2014
  2. Makanan Yang Wajib Dimakan Setiap Hari | April 18, 2014
  1. Fauzi ahmad says:

    Kalau malas dan sukar nak makan semua makanan di atas, sekarang ini ada makanan minda atau vitamin minda

  2. adahanis says:

    i loikeeee ur blog….

  3. yue says:

    aku suka telur,soya,dan green tea…tp ikan berminyak cme mnambah jerawat d mukaku..haha

  4. zik says:

    owh baru tahu teh hitam nie… tapi teh hijau lagi bagus rupanya.. seba tahan lama…
    zik recently posted…Cara untuk merawat cirit biritMy Profile

  5. Kamal Mustafa says:

    Sdr pakai browser explorer dan firefox.pasti ok coz browser lain sy belum pernah cuba preview lagi

  6. Affuan says:

    x bleh baca sampai abis la entri ni bro. kotak komen menutup contents dier. huhu

  7. akubiomed says:

    Setuju. Mengenai telur dan vitamin seperti dan Zat Besi dan B Complex kena ambil dengan kawalan kerana kuning telur mengandundi kolestrol manakala over dose table akan meninggalkan kesan kepada kesihatan. Off topik sikit untuk kesuburan lelaki kena ambil badam bersama madu 🙂
    akubiomed recently posted…Posting pun kena ganyangMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top