Kamal Info : Makanan Pembangkit Ghairah

SELAGI hidup, manusia memerlukan makan dan minum. Mencari kepuasan untuk memuaskan nafsu makan adalah tabiat manusia yang tidak ada penghujungnya. Selain untuk memastikan selera dan nafsu makan dipenuhi, makanan yang dipilih pastinya mengandungi tenaga, khasiat dan baik untulk tubuh badan. Tetapi ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik makanan dan pemakanan. ltulah yang sering dicari oleh kaum lelaki kaitan makanan tertentu dengan kekuatan seks. Tetapi sejauh mana kebenaran itu dan apakah memang benar makanan- makanan tertentu itu mengandungi rahsia afrodisiak (zat penambah ghairah seks)?

Makanan mengandungi afrodisiak terdapat dalam semua budaya masyarakat. Paling ketara ialah masyarakat Melayu dan Cina. Dalam budaya masyarakat Melayu umpamanya, daging kambing, telur mentah yang dicampur madu, sup torpedo dan banyak lagi sering menjadi pilihan golongan lelaki. Kononnya, pengambilan makanan ini beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks dapat meningkatkan tenaga dan mampu bertahan lebih lama! Malah dalam masyarakat Melayu sendiri, amalan atau petua petua kesilhatan khusus untuk lelaki ini selalunya diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Walaupun tiada kajian saintifik dilakukan untuk membuktikan kebenarannya, sukar disangkal keberkesanannya. Sebenarnya fungsi makanan selain untuk keperluan hidup, setiap apa yang dicipta oleh Allah di muka bumi ini ada fungsinya yang tersendiri. Begitu juga dengan makanan. Tidak terkecuali untuk menambah daya atau kekuatan seks. Dalam budaya masyarakat Melayu sendiri, dalam bab mencari jodoh, selain paras rupa dan latar belakang agama yang dititikberatkan, lelaki tentunya inginkan seorang wanita yang pakar dalam memasak. Kepandaian memasak, bukan sahaja mengeratkan hubungan tetapi juga menjadi rahsia keutuhan cinta.

Sama ada kita percaya atau tidak, sememangnya makanan tertentu mempunyai khasiat afrodisiak. Dikatakan terdapat dua zat kimia yang terkandung dalam makanan dan diyakini oleh banyak lelaki sebagai mampu merangsang otak sehingga menghasilkan hormon yang boleh meningkat atau mendorong ghairah kepuasan dalam hubungan seksual.

Pertama ialah zat yang bersifat neurotransmiter seperti copamin, norepinefrin dan feniletilamin. Semua ini merupakan zat yang sama sifatnya seperti amfertamin iaitu zat yang mampu merangsang ghairah seks.

Coklat umpamanya dikesan banyak mengandungi zat PEA. Dipercayai mereka yang banyak memakan coklat, biasanya sangat aktif dalam melakukan hubungan seks. Sementara makanan yang berprotein tinggi seperti daging, telur, susudan kekacang pula mampu merangsang otak untuk menghasilkan copamin dan norepinefrin. Kedua-dua zat ini akan merangsang otak seterusnya menghasilkan encorfin iaitu zat yang boleh melegakan otak daripada ketegangan sehingga membuatkan kita peka terhadap rangsangan dan mudah ghairah.

Kesimpulannya, untuk mendapatkan tenaga dan memiliki prestasi seks yang hebat, sebaiknya anda memperbanyakkan mengambil makanan yang banyak mengandungi zat~zat seperti berikut.

Paling penting ialah pengambilan zat zink yang mampu merangsang tubuh untuk mengeluarkan hormon testerone. Zat ini banyak terdapat dalam daging dan spesies kerang. Kedua ialah arginin atau hormon pertumbuhan yang terdapat pada coklat, kekacang, oat, biji bunga matahari dan roti gandum tulen. Ketiga ialah selenium iaitu zat anti oksidan yang terdapat dalam tomato, sayur brokoli dan sebahagian ikan laut. Keempat ialah niasin yang banyak terdapat pada ikan, telur, kacang tanah, ayam dan avokado.

no images were found

Keempat-empat zat inilah yang berfungsi dalam menghasilkan hormon seks seperti progesteron, testosteron dan estrogen. Ketika lelaki mencapai ejakulasi, mereka akan kehilangan hormon ini dalam jumlah yang agak banyak. Untuk mengembalikan semula tenaga mereka perlu mengambil vitamin E dan niasin.

Mungkin selama ini kita tidak sedar banyak makanan yang kita makan sehari hari merupakan zat afrodisiak yang sangat berkesan. Sebagai conloh ialah tauhu, biasa kita makan dan boleh dibeli setiap hari kerana harganya yang murah. Tauhu dihasilkan di China sekitar 5,000 tahun lalu dan sehingga kini menjadi makanan popular mahupun dijadikan ubat. Begitu juga dengan sayur sayuran seperti bayam, brokoli, jagung dan buah avokado, mengkudu dan berbagai-bagai lagi yang seharusnya anda tidak sedar khasiatnya

911 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

7 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

Sites That Link to this Post

  1. Kamal Info : Haruman Pembangkit Ghairah | April 18, 2014
  1. zik says:

    kuaci pun tersenarai jugak ker… hehe..
    zik recently posted…Zikrihusainicom Under constructionMy Profile

  2. Kamal Mustafa says:

    @Steward John : Balut tue bukan ke telur itik yang orang Filipina selalu makan tue.?

  3. Steward John says:

    Dikatakan Tiram juga makanan pembangkit Ghairah.. entah kalau betul.. pernah dengar jer.. Dekat Filipina pernah juga dengar “Balut” tu pun makanan pembangkit Ghairah.. haha

  4. Kamal Mustafa says:

    Eh…ok aje takde ape masalah pun.Salah klik kot hu hu

  5. Rahsia Buah Pinggang Sihat says:

    Dalam memilih makanan yang boleh merangsang seks berhati-hati juga.Kekuatan seks yang dicari,penyakit yang dapat.
    Rahsia Buah Pinggang Sihat recently posted…Kesan Tekanan Darah Tinggi Kepada Buah PinggangMy Profile

  6. akubiomed says:

    Aiks, pendeknya entri kali ini? Theme ada masalah ke bro. Cokelat baik untuk pemula ehem-ehem 🙂
    akubiomed recently posted…Giveaway RM50 sempena blog AkuBiomed genap 100hariMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top