Kamal Info : Kenali Kanser Buah Zakar

1 April Minggu Kesedaran Kanser Buah Zakar.

TAHUKAH anda 1 April merupakan bermulanya minggu kesedaran kanser buah zakar? Dan tahukah anda hampir 9,000 lelaki di Amerika Syarikat (AS) didiagnosis positif tahun ini dan 360 mati akibatnya disebabkan tidak cuba untuk memahami apakah dia kanser buah zakar. Jangan jadi sebahagian daripada statistik. Berusahalah untuk memastikan kesihatan anda terus terpelihara.

Kenali Kanser Buah Zakar

Apakah kanser buah zakar?

Kanser buah zakar atau testis adalah jenis kanser paling lazim menyerang lelaki muda yang berusia antara 15 hingga 35 tahun. Biarpun begitu, ia boleh menyerang pada sebarang kumpulan usia. Kanser buah zakar biasanya dikesan sama ada secara tidak sengaja atau melalui pemeriksaan sendiri.

Dianggarkan terdapat 14 jenis kanser yang berasal daripada buah zakar. Namun kebanyakannya bermula dengan sel germa, di mana sel sperma dihasilkan. Kanser buah zakar boleh dibahagikan kepada dua kategori:

Kanser seminoma:

Dibentuk oleh sel germa primer yang membesar dengan perlahan dan secara relatifnya tidak merebak.Secara kasar ia membentuk 40 peratus kes kanser testis.

Kanser non-seminoma:

Berpunca daripada sel germa yang lebih matang dan agresif berbanding seminoma. la juga adalah kombinasi beberapa jenis kanser yang berbeza.

Sehingga kini penyebab kanser buah zakar masih menjadi misteri. la menyerang lelaki muda secara rawak.Biarpun beberapa faktor telah dikenal pasti tetapi punca utama masih belum ditemui. Bagaimanapun, kebanyakan kes kanser buah zakar boleh dirawat sekiranya dikesan diperingkat awal. Dan ia boleh dilakukan sekiranya anda membuat pemeriksaan diri sendiri setiap bulan.

Apakah simptom-simptomnya?

Kanser buah zakar boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.Beberapa siri ujian dan imbasan harus dilakukan untuk mengetahui tahap penyakit seseorang itu.

Peringkat pertama kanser hanya terbatas pada buah zakar. Andainya sudah merebak, ia akan bergerak menuju ke nodus limfa retroperitoneal, kelenjar yang menapis bakteria clan pembentukan sel kanser dalam cecair limfa yang terletak antara diafragma dan buah pinggang, dekat bahaglan belakang tubuh.

Pada peringkat akhir, kanser akan merebak ke seluruh tubuh kemudian paru-paru, otak, hati dan tulang.Kalau kanser yang menyerang adalah agresif dan dibiarkan tidak dirawat,kematian bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana 95 peratus kanser buah zakar adalah malignan (bahaya) dan merebak jika tidak dirawat,

Kanser buah zakar boleh menunjukkan simpton-simptom di bawah. Harus diketahui simptom-simptom ini juga boleh disebabkan oleh keadaan tidak berbahaya yang lain, jadi pendapat daripada ahli urologi sangat digalakkan:

  • Bengkak pada salah satu buah zakar. Biasanya bersaiz kacang pea tetapi kadangkala lebih besar.
  • Sebarang pembesaran atau pengecutan saiz buah zakar.
  • Berlaku perubahan yang tidak konsisten pada buah zakar, biasanya kekerasan.
  • Rasa buah zakar lebih berat.
  • Rasa sakit di bahagian bawah perut atau pangkal paha.
  • Cecair tiba-tiba berkumpul paca buah zakar.
  • Rasa tidak selesa pada testis atau skrotum (kantung buah zakar).
  • Pembesaran atau kelembutan pada bahagian dada.

Siapakah yang berisiko?

Lelaki muda yang berusia antara 15 hingga 35 tahun merupakan golongan yang paling berisiko tinggi.Tetapi serangan kanser jenis ini jarang berlaku iaitu empat daripada 100,000 lelaki. Puncanya masih tidak diketahui namun statistik menunjukkan lelaki caucasian lebih cenderung diserang kanser buah zakar berbanding Latin, kulit hitam dan Asia.

Lelaki yang dilahirkan dengan buah zakar terbentuk di dalam bahagian bawah perut bukan skrotum (kantung buah zakar) lebih berisiko diserang kanser buah zakar. Keadaan ini tidak akan berubah melainkan secara pembedahan.

Lelaki yang mengalami lain-lain masalah buah zakar turut berdepan risiko yang lebih tinggi kanser jenis ini. Pencemaran didakwa turut menyumbang dalam serangan kanser buah zakar berdasarkan jumlah kes yang boleh dikaitkan dengan faktor tersebut sejak 30 tahun lalu. Namun hipotesis itu terus kekal menjadi hipotesis.

Melakukan pemeriksaan diri sendiri.

Cara terbaik untuk mengesan kanser di peringkat awal acalah dengan melakukan pemeriksaan diri sendiri, yang mana harus dilakukan oleh setiap lelaki yang berusia 15 tahun clan ke atas. la mudah, cepat can tidak menyakitkan. Lebih kerap melakukannya, anda akan lebih biasa dengan saiz normal can tekstur buah zakar. Sekiranya timbul sebarang keganjilan, dengan pantas anda dapat mengesannya.

Apa yang harus anda lakukan ialah:

1. Mandi dengan air panas. Suhu yang agak panas akan merelakskan skrotum dan memudahkan anda merasainya.

2. Berdiri di depan cermin dan periksa jika terdapat bengkak.

3. Periksa setiap buah zakar cengan kedua-dua tangan. Pegang dengan menggunakan ibu jari can jari hantu dan perlahan-lahan gerakkannya.

4. Pastikan kedudukan epidermis, flub lembut di belakang buah zakar yang berfungsi menyalurkan sperma.Jangan tersilap menganggapnya sebagai benjolan. Benjolan sering terjadi paca bahagian depan dan tepi buah zakar.

5. Sekiranya anda menjumpai benjolan, teruslah berjumpa dengan pakar urologi. Kebanyakan benjolan bukan kanser tetapi hanya pakar yang mampu memastikannya.

Apa yang boleh anda lakukan?

Rawatan terbaik adalah dengan mencegah dengan mengesannya diperingkat awal. Dan berita baik mengenai kanser buah zakar adalah mangsa boleh disembuhkan.Terdapat empat bentuk rawatan iaitu pembedahan, kemoterapi, terapi radiasi clan pengawasan rapi.

Pembedahan adalah bentuk rawatan paling lazim di mana buah zakar yang diserang akan dibuang melalui prosedur yang dikenali sebagai inguinal orchietomy. Kadangkala nocus limfa di bahagian perut turut dibuang sekiranya kanser telah berada di peringkat kedua. Begitu juga dengan tisu-tisu lain bagi kanser peringkat ketiga.

Terapi radiasi melibatkan penggunaan sinar cahaya bertenaga tinggi untuk membunuh sel kanser.Seminoma amat sensitif dengan radiasi dan mati dengan cepat. Non-seminoma lebih resistan, jadi terapi radiasi jarang digunakan.

Kemoterapi acalah rawatan bahan kimia terhadap kimia. la merupakan prosedur yang kerap digunakan apabila kanser telah merebak ke seluruh tubuh. Ubat disuntik mengikut tempoh dan perkembangan pesakit dipantau. Cisplatin merupakan ubat kanser buah zakar yang digunakan dengan meluas dan mampu menyembuhkan sehingga 92 peratus kes.

Kesan sampingan.

Membuang satu buah zakar tidak akan mengganggu keupayaan lelaki untuk mengalami ereksi, orgasma atau memiliki anak , sebelah buah zakar mampu melakukannya. Implan boleh dibuat untuk menggantikan buah zakar yang telah dibuang, yang mempunyai berat dan bentuk buah zakar yang normal.

Membuang nocus limfa juga tidak akan menjejaskan ereksi dan orgasma. Tetapi ia boleh mengganggu kesuburan disebabkan operasi pembedahan berkait dengan saraf mekanik ejakulasi. Lelaki yang melalui pembedahan seperti ini harus berbincang dengan doktor tentang kaedah-kaedah alternatif yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan saraf tersebut.

Sel normal turut terjejas oleh terapi radiasi tetapi pesakit boleh sembuh. Radiasi tidak memberi kesan kepada prestasi seksual tetapi boleh memusnahkan pengeluaran spe’rma buat sementara waktu. Kesan sampingan fizikal termasuklah letih,cirit-birit dan loya. Kadangkala kesan keradangan boleh terjadi pada kulit dan doktor akan memberikan losen atau krim untuk melegakannya.

Kemoterapi menyebabkan kesan sampingan yang lebih serius. la termasuklah keguguran rambut, hilang selera, sistem imun tubuh yang rendah dan terdedah kepada serangan penyakit, loya, muntah can ulser mulut. la juga turut menjejaskan pengeluaran sperma. Sesetengahnya sembuh dalam tempoh beberapa tahun dan ada juga yang kekal.

Bagaimana menangani.

Mengetahui anda diserang kanser adalah sesuatu yang amat sukar untuk diterima. Perasaan bercampur-baur seperti keliru, takut, kaku, menafikannya dan marah. Ada yang mengasingkan diri, yang boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi insan yang rapat dengan mereka.

Adalah penting untuk berbincang masalah yang dihadapi dengan keluarga ‘ doktor dan teman-teman. la mengurangkan rasa takut dan memberi keyakinan kepada diri tentang kehadiran keluarga dan teman disekeliling yang sentiasa menyokong anda. Bagaimanapun mangsa harus memulakan perbualan. Memaksa mangsa memulakan bicara biasanya kurang produktif.

Kumpulan penyokong dan klinik khidmat sosial adalah sumber yang dipercayai untuk mendapatkan maklumat dan kelegaan. Namun biasanya pesakit harus memiliki keberanian untuk mendapatkan pertolongan sebaik sahaja mengetahui dia telah diserang kanser buah zakar dan menenangkan perasaan ahli keluarga terdekat.

Cara paling mudah untuk mencegah

Walaupun kanser buah zakar jarang berlaku, mangsanya dipilih secara rawak. Kaum lelaki perlu melakukan pemeriksaan diri sendiri secara jujur, terutamanya jika tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi. Sernernangnya kanser buah zakar boleh dirawat, namun ia bukanlah alasan untuk anda menjadi mangsa seterusnya.

1,990 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

10 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Amin : Wassalam, Info dalam blog nie adalah untuk pengetahuan sahaja, KM bukanlah arif tentang masalah ini sebenarnya. Tapi Sdr boleh rujuk pada doktor sakit Tuan untuk keterangan lebih terperinci.
    Kamal Mustafa recently posted…Sentiasa Pantau Aktiviti Anak Anda.My Profile

  2. amin says:

    assalamualaikum admin,sy nk tnye batu kemaluan besar sebelah adakah tu kanser..tp ia tidak sakit..ia mcm ada lendir2.mohon percerahan..terima kasih

  3. Kamal Mustafa says:

    @Ayie : Artikel ini hanya untuk informasi sahaja, sekiranya ada tanda2 tue baik berjumpa doktor.
    Kamal Mustafa recently posted…BR1M 2015 Dah Lulus Tapi Duit Tak Masuk Lagi!My Profile

  4. ayie says:

    terdapat seperti berbiji pada kantung zakar sy .. terasa senak2 .. apakah ini berkaitan ??

  5. lelaki2u says:

    bila baca info tuan nie rasa ngeri pun ada. apa2 pun thank for sharing

  6. Kamal Mustafa says:

    @zack : Oh…Maaf, KM tak berapa arif sangat pasal masalah buah zakar nie. artikel diatas pun hanya untuk informasi sahaja. Kenapa zack tak bertanya dahulu kepada doktor pakar sebelum pembedahan. Kita sepatutnya mendapatkan nasihat doktor dahulu sebelum membuat apa2 keputusan.

  7. zack says:

    salam..saya akan membuat pembedahan membuang satu lg testis sbb sejak lahir testis sy yg 1 lagi tak turun..jdi sy nak bertanya,berapa peratus kemungkinan saya tidak dapat mendapat zuriat?sya akan berkahwin,jadi sya tidak mahu isu ini terjadi selepas kahwin..TQ

  8. shahril says:

    salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

  9. Rahsia Buah Pinggang Sihat says:

    Salam admin,

    Berdasarkan dari artikel di atas nampaknya kanser ni juga boleh dijadikan punca yang akan menyebabkan fungsi buah pinggang.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top