Kamal Info : Haruman Pembangkit Ghairah

KETIKA melakukan hubungan seks, kesemua lima pancaindera kita akan memainkan peranan yang sama penting dengan pelbagai fungsinya yang tersendiri. Jika anda mahu memastikan yang wanita mengikut kehendak anda, terutamanya ketika bersama, cuba akan kuasa yang boleh merangsangnya. Antaranya ialah dengan menggunakan wangi-wangian.

Berikut adalah antara haruman yang biasanya berkesan untuk menaikkan rasa sensasi pada wanita. Pastinya terdapat pelbagai kaedah suai yang boleh memancarkan bau-bauan dari sekeliling anda. Antaranya ialah;

  • Kemenyan atau Setanggi
  • Lilin Aroma
  • Bekas Minyak Wangi
  • Minyak
  • Semburan Haruman

Berikut adalah beberapa jenis haruman yang mampu membangkitkan suasana sensasi dan membuatkan wanita lebih terangsang.

1. Vanila

Seperti bauan yang dihasilkan oleh coklat, bauan jenis ini akan meningkatkan rangsangan seksual antara lelaki dan wanita. Maka, di lain waktu jika anda bersedia untuk melakukan hubungan seks, cuba nyalakan lilin vanila atau bakar minyak pewangi vanilla agar suasana kamar menjadi harum dan membangkitkan mood kedua-dua pihak.

2. Patchouli (minyak nilam)

Penggunaan patchoulitelah menerima sambutan bailk beberapa tahun kebelakangan ini. Bagaimanapun, haruman yang terhasil daripada patchouli ini dikatakan agak menggerunkan. Sesetengah pakar percaya bahawa bauan yang terhasil daripada bahan jenis ini mampu meningkatkan tenaga seksual. Jadi, amalkan membakar patchouli setiap hari.

3. Musk

Musk diketahui menjadi antara bahan asas penghasilan feromon lelaki. Namun apa yang penting, bauan jenis ini dikatakan berkemungkinan besar menyebabkan wanita menjadi terangsang secara maksimum. Maka, pastikan anda menyimpan haruman musk sebagai salah satu pewangi yang anda gunakan. Harumannya ini juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti minyak dan colok.

4. Peppermint (pudina)

Ia menghasilkan haruman yang segar. Haruman pudina ini mampu membangkitkan rasa sensasi, bersedia dan bertenaga – asas yang penting untuk melakukan hubungan seks. la juga akan menggalakkan teman wanita anda mencuba sesuatu yang baru di dalam bilik tidur anda. Haruman ini juga boleh diperoleh dalam bentuk lilin mahupun minyak.

5.Ylang Ylang

Pernahkah anda mencium bau ylang ylang?. Baunya sudah cukup mengghairahkan. Maka, jika anda di dalam mood untuk melakukan seks, bakarlah minyak atau sembur wangian didalam bilik. Tetapi berhati-hati, wangian segar ini diketahui mampu untuk merangsang komunikasi verbal
anda dengan pasangan anda.

6. Jasmine (bunga melati)

Haruman yang terhasil tidak begitu ketara, bunga melati dikatakan mempunyai kemampuan untuk melahirkan pengalaman baru. Jika anda ingin menarik perhatiannya, gunakanlah haruman jenis ini dalam bentuk minyak atau semburan.

Sebenarnya,tiada sebarang had bagi haruman yang tersenarai di sini. Jika anda memiliki sebarang haruman yang mampu menarik atau merangsang teman wanita anda,gunakan saja. Anda boleh memilih dan menghasilkan apa sahaja bau-bauan yang boleh merangsang nafsu seks. Andainya ia berkesan untuk pasangan anda.

735 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

3 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    Yup,ada cecair dari kelenjar binatang nie yang diambil dan dibuat minyak wangi.

  2. Rahsia Buah Pinggang Sihat says:

    Salam bro,no 3 tu,musk.Adakah minyak atar bernama Musk tu dihasilkan dari binatang ni?

  3. zik says:

    kemenyan… huh…baunya memang sangat kuat… dah tutup hidung pun still bau jugak.
    zik recently posted…Kedamaian yang ku pintaMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top