Kamal Info : Cara bangunkan Anak Waktu Pagi.

Membangunkan anak di pagi hari bukanlah hal yang mudah. Perlu cara tersendiri agar si anak tidak malas bangun dan bersungut … mengapa ia susah bangun pagi.

1. Perhatikan perilaku tidur anak.
Anak yang susah bangun pagi biasanya memiliki perilaku tidur yang buruk dan sebsb tidak mudah mengantuk di malam hari. Tanyakan pada si kecil apa yang menyebabkannya susah tidur. Pastikan anak  menghindari minuman yang mengandungi kafein di waktu petang dan malam hari.

2. Pastikan ia tidur dengan kadar waktu yak betul.
Kurangnya waktu tidur anak-anak boleh jadi salah satu  sebab mengapa ia susah bangun pagi. Waktu tidur setiap orang berbeza, berikan  waktu tidur yang sesuai untuknya. Rata-rata anak-anak kecil tidur mulai dari jam 8 hingga 9 malam. Tempoh tidurnya ialah selama 8 hingga 9 jam juga.

3. Cuba cara  yang berbeza membangunkan anak anda.
Untuk sesetengah anak, mematikan lampu merupakan cara membangunkan paling tepat. Cara yang sering digunakan ialah dengan cara mengguncang-guncangkan badan atau menyalakan alarm. Cari cara yang paling sesuai untuk anak Anda.

4. Buat sarapan.
Janjikan sarapan yang sedap boleh jadi salah satu tektik agar si kecil tidak malas bangun pagi . Teknik ini boleh dikatakan sebagai umpan untuk anak bangun pagi. Sebagai contoh katakan pada anak ” Kalau Aiman cepat bangun pagi nanti mama akan buatkan roti bakar letak penut butter dengan jelly” pasti akan menarik perhatian si kecil untuk lekas bangun.

5. Berikan tanggung jawab kepada.
Jika anak susah untuk bangun pagi karena selalu tidur lewat malam, mungkin akibat leka menonton Tv bermain dan sebagainya. Bila lambat bangun lambatlah pergi ke sekolah. Disinilah tanggung jawab ibu bapa memainkan peranan. Hadkan waktu menonton Tv dan bermain. Berikan kerja atau tugasan kecil kepada anak anda sebagai satu tanggung jawab kepada mereka. Tugasan yang diberikan adalah untuk memberikan kepenatan sedikit kepada anak-anak seperti, mencuci pinggan, menyapu sampah dan sebagainya. Ibu bapa pula berilah tugasan yang sesuai mengikut umur anak anda.

 Cadangan KM kalau semua tips kat atas tidak berkesan anda boleh guna cara dalam video nie. Gerenti cepat bangun punya.

177 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , ,

7 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

Sites That Link to this Post

  1. Kamal Info : Kurang Tidur Boleh Gemuk. | April 18, 2014
  1. Mus
    Twitter:
    says:

    setakat ni anak aku tak buat hal bila bangun tidur.. ok sahaja.. kena lemah lembut dengan diorang ni..
    Mus recently posted…Seronok Melayan Karenah Anak-AnakMy Profile

  2. zik says:

    tuh dia… ganas betul.. tapi kalau hari2.. takut jadi lali lah pulak… huhu.. dulu masa asrama… bunyi siren tuh… member tetap tak bangun… mungkin sebab dah selalu sangat… takut time kebakaran macam ne tuh… huhu
    zik recently posted…Engku Ibrahim- penyimpan mohor-mohor diraja Bersara hari ini- warrrghh!!My Profile

  3. Kamal Mustafa says:

    Yo botul tue…omak bapak kito dulu2 gomar pakai air kojutkan anak.

  4. akubiomed says:

    Orang tua saya dulu kejutkan saya dengan semburan botol spray :-)
    akubiomed recently posted…4 TIPS utama untuk tingkatkan TRAFIK ke blog andaMy Profile

  5. intankuterpilih says:

    picit2 ibu jari kaki pon cara baik untuk kejutkan anak bangun tidur juga…
    intankuterpilih recently posted…Tips Menjadi Lelaki RomantikMy Profile

  6. akubiomed says:

    Kecil-kecil dah bagi kafien memang tidak boleh tidur bulat biji mata anak. Syukur tidak ada masalah nak kejut bangun walaupun kadang kala liat biasanya jam 10 dah suruh tidur tapi tak tidur juga ntah apa yang disembangkan antara adik-beradik pun tak tahu. Kena gertak baru nak tidur. :-)
    akubiomed recently posted…Pengalaman sekolah untuk tahun 1 sesi 2011My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top