Kamal Info : Brylcreem Tidak Boleh Dipisahkan Dengan Dunia Lelaki

KETIKA zaman kanak-kanak remaja, kita pastinya ramai yang sudah pandai bergaya. Baik lelaki mahupun perempuan ingin kelihatan kemas dan  menarik. Perkara yang paling sering menjadi perhatian utama ialah tentang penjagaan rambut bagaimana untuk menggayakan rambut agar kelihatan menarik. Memandangkan ketika itu kita masih belajar, kita hanya mampu menggunakan apa sahaja yang dipakai atau dibeli oleh bapa kita.

Pada ketika itulah kita mengenal Brylcreem yang menjadi minyak rambut pertama yang kita gunakan.Brylcreem sendiri yang boleh dikatakan sebagai satu kemestian bagi setiap lelaki. Pertama kali mencuba, sudah pasti anda dapat merasakan kehebatannya. Sejak itu Brylcreem menjadi bahan yang mesti ada dalam simpanan setiap lelaki. Sudah menjadi rutin kehidupan setiap kali selepas mandi,tidak lengkap menyisir rambut tanpa Brylcreem.

Brylcreem (disebut brill-cream) sukar dipisahkan daripada kehidupan dunia lelaki. Walaupun kini ramai di kalangan kita sudah tidak menggunakannya lagi dan bertukar kepada produk lain selari dengan perubahan masa dan fesyen, nama Brylcreem tentunya kekal dalam ingatan silam sejarah terutamanya bila berbicara tentang zaman kanak-kanak dan remaja. Sesekali mencium aroma minyak rambut pekat berwarna putih yang agalk kuat ini, pasti akan mengimbau banyak kenangan. Brylcreem cukup sinonim dengan lelaki. Sebut sahaja Brylcreem, lelaki mana yang tidak kenal, pernah mencuba atau sekurang-kurangnya melihat atau terdedah kepada aromanya. Sehingga sekitar 1970-an, Brylcreem menguasai pasaran minyak rambut diseluruh dunia. Hampir setiap rumah sekurang-kurangnya menyimpan sebotol untuk kegunaan keluarga.

Ketika mula-mula diperkenalkan,Brylcreem mudah diterima masyarakat selari dengan populariti lagu iklan ‘A Little DaUll Do Ya’ yang menguasai siaran iklan televisyen ketika itu. Malah ungkapan ‘Yabba Dabba Doo’ yang cukup popular dalam siri kartun Fred Flintsone, turut menjadi moto Brylcreem yang cukup diingati. Bagi mereka yang pernah menonton sitcom Seinfeld, tentunya masih ingat bagaimana George yang memegang watak lelaki botak dalam salah satu episod berkata, dia masih menyimpan sebotol dalam kabinet ubatnya walaupun kini sudah tidak berambut.Semua ini jelas menunjukkan bahawa
Brylcreem bukan sahaja popular dan menjadi salah satu bahan tidak boleh dipisahkan dengan dunia lelaki, tetapi meninggalkan nostalgia tersendiri.

Brylcreem buat pertama kali diperkenalkan pada tahun 1929 dan dihasilkan di sebuah kedai di Chemico Works, Bradford Street, Birmingham, England. Minyak rambut pekat ini juga menjadi pelopor kepada penghasilan pelbagai minyak rambut ketika ini. Termasuk yang terbaru berbentuk gel, mousse dan sebagainya. Brylcreem juga memiliki arah tersendiri dan merupakan produK penjagaan rambut lelaki pertama yang dipasarkan secara meluas diseluruh dunia.

Seperti kita sama-sama alami, memakai Brylcreem bermakna rambut akan tersisir kemas dan kekal pada bentuknya sepanjang hari. Brylcreem diperbuat menggunakan bahan-bahan seperti air, minyak galian, lilin lebah, haruman, kalsium hydroxide, BHT dimenthyl oxazolidine, magnesium sulfate dan stearic acid. Cara memakainya cukup mudah. Cuma gunakan sedikit dan ratakan di kedua-dua belah tapak tangan dan sapukan ke rambut. Hasilnya, akan memberikan kesan kilauan dan kebasah-basahan pada rambut yang berpanjangan,menjadikan Brylcreem sebagai bahan yang mesti ada pada setiap lelaki ketika itu. Atau lebih tepat, Brylcreem menjadi ‘de rigueur’ bagi gaya rambut lelaki selama beberapa dekad.

Bagaimanapun, populariti minyak rambut ini mula menurun sekitar 1960-an dengan kemunculan pelbagai produk peniagaan rambut baru di pasaran, juga selari dengan perkembangan fesyen rambut ketika itu. Generasi yang agak trendy ketika itu tidak lagi ingin menggayakan rambut kebasah-basahan dan berkilat serta  melekap kemas dikulit kepala, sebaliknya memilih fesyen dan gaya rambut kering atau semula jadi.

Setelah mengalami kejatuhan dengan kemunculan pelbagai produk pejagaan rambut untuk lelaki, Brylcreem kembali menjadi popular sekitar lewat 1990-an apabila generasi muda hari ini kembali memilih untulk menggunakan minyak rambut pekat dan krim. Trend memilih untuk menggunakan minyak ini muncul semula mungkin disebabkan generasi muda hari ini tidak mahu memiliki rambut yang kaku keras akibat penggunaan gel yang mengakibatkan rambut seolah-olah melekap seperti topi keledar!

Kemunculan semula Brylcreem secara tidak langsung mendorong kebanyakan syarikat pengeluar produk penjagaan rambut sekarang menawarkan penggunaan bahan seperti petrolatum, lilin atau minyak berasaskan air yang menjadikan rambut mudah dibentuk dan licin kemas tersisir rapi.

Untuk terus kekal bersaing, Brylcreem tidak lagi menumpukan kepada pengeluaran minyak rambut pekat berwarna putih sebaliknya mempelbagaikan lagi produknya selaras dengan perkembangan dunia fesyen. Lebih menakjubkan apabila personaliti bola sepak antarabangsa England, David Beckham muncul sebagai model iklan Brylcreem. Pemilihan Beckham dengan gaya rambut terkini sekali gus menjadi ikutan generasi baru. Ia sedikit sebanyak berjaya melonjakkan semula Brylcreem sebagai jenama atau pengeluar minyak rambut popular dan kekal dalam koleksi sebahagian besar lelaki sehingga ke hari ini. Walaupun dengan adanya bermacam-macam jenis produk baru Brylcreem masih kekal dijual disemua gedung membeli belah terkenal hinggalah ke kedai runcit harian.

1,579 total views, 6 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

1 Enlightened Reply

Trackback  •  Comments RSS

Sites That Link to this Post

  1. Awas!!! Bila Rambut Sering Gugur. | April 21, 2014

    Post a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge

    Top