Kamal Info : Beza Angin Pasang Dengan Sindrom Koro

SELAMA ini kita mungkin pernah mendengar, lelaki boleh menemui maut jika alat sulit menyusup masuk ke dalam abdomen. Satu-satunya pilihan bagi menghalang zakar ditarik ke dalam abdomen ialah dengan memegang atau menggunakan penyepit. Inilah senario yang tertanam dalam fikiran sebahagian lelaki yang mengalami penyakit ini ataupun di kalangan mereka yang kurang pengetahuan mengenainya.

Sindrom yang begitu ditakuti oleh lelaki ini sebenarnya dikenali sebagai sindrom koro, sindrom di mana alat sulit mereka menghilang ke dalam abdomen. Sementara di kalangan orang biasa, ia dikaitkan dengan ketakutan yang amat sangat. Ramai yang percaya, ia boleh membawa maut apabila ia berlaku.

Contoh Angin Pasang

Tetapi apa yang berlaku sebenarnya adalah sebaliknya. Koro sebenarnya bukan disebabkan oleh masalah kesihatan sebaliknya lebih kepada masalah psikologi. Malah sebahagian besar pesakit adalah lelaki normal. Cuma ia hanya satu perasaan yang ada hubung kaitnya dengan masalah psikiatrik.

Sindrom koro berlaku mungkin disebabkan oleh tekanan. Sebahagian pesakit yang mengalaminya sememangnya ada masalah berkaitan dengan seks seperti mengalami gangguan ereksi sehingga memberi kesan kepada hubungan seks, gagal memperolehi cahaya mata dan sebagainya. Cuma ia
berlaku secara kebetulan.

Koro sebenarnya boleh disifatkan sebagai sindrom yang terikat dengan budaya. Bermakna ia hanya berlaku dalam sesetengah budaya masyarakat dan tidak langsung berkait dengan penyakit atau keadaan di mana diiktiraf oleh dunia perubatan moden terutamanya diBarat. Ia banyak berlaku dalam budaya masyarakat Cina, Asia Tenggara termasuk Malaysia. Tetapi kini  ia mula dikesan dalam budaya masyarakat Afrika. Sindrom koro dikenali dengan pelbagai nama, mengikut budaya tetapi secara umumnya kerap disebut sebagai ‘alat kelamin yang tertarik ke dalam badan’.

Di Malaysia sindrom ini tidak begitu ketara.Hanya terdapat 42 kes dikesan di negara ini.”Walaupun sindrom in! dikatakan mencatat peratusan yang besar di Asia Tenggara, tetapi jumlahnya tidak dapat dipastikan dengan tepat. Mungkin kerana kebanyakan pesakit pergi ke klinik swasta atau merujuk masalah mereka kepada pakar psikologi dan bukan kepada jabatan Urologi.

Sindrom ini berbeza dengan angin pasang yang lebih banyak dikesan dan dialami oleh golongan lelaki. Malah angin pasang sememangnya berpunca
daripada masalah kesihatan. “Angin pasang berlaku apabila otot di bahagian celah kelengkang (groin) menjadi lemah disebabikan faktor usia. Bila otot groin menjadi lemah, kandungan lemak dalam perut akan menonjol keluar. Ia terjadi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti berdiri terlalu lama, batuk yang berpanjangan atau berlaku keadaan di mana pesakit suka meneran.”Lemak tersebut akan masuk ke dalam sarung testis dan secara relatifnya zakar akan nampak menjadi kecil. Tetapi sebenarnya yang berlaku ialah, sarung testis membesar.

Rawatannya hanya boleh dilakukan melalui pembedahan iaitu dengan menolak masuk semula lemak tersebut sambil menguatkan semula otot-otot groin. Sementara itu ahli psikologi etnografi menganggap koro mempunyai kaitan dengan serangan panik yang dipercepatkan oleh kebimbangan seksual. Serangan koro sering kali beriaku apabila lelaki beraca dalam situasi yang secara normalnya boleh menyebabkan kemaluan mengecut ke dalam, seperti kemurungan emosi atau cuaca sejuk.

Setakat ini tiada laporan yang mengesahkan serangan tersebut mengakibatkan kerosakan fizilkal. Sebaliknya kebanyakan mangsa secara tidak sengaja membahayakan diri apabila melakukan cubaan menarik keluar zakar bagi menghalangnya daripada terus mengecut ke dalam. Apatah lagi bukan menjadi amalan penghidap koro menggunakan peralatan mekanikal seperti pengapit untuk merawat sindrom yang dihadapi. Mereka menggunakan satu contoh kes di Jordan di mana seorang lelaki berusia 24 tahun dibawa ke klinik psikiatri oleh abangnya yang mengaku mengalami masalah sukar tidur, tertekan, suka mengasingkan diri, rasa takut can berkelakuan aneh pada satu malam seiak dua minggu sebelum dibawa ke klinik tersebut.

Sebaik sahaja diperiksa, dengan bersungguh-sungguh dia meminta pertolongan agar zakarnya yang sedang mengecut ke dalam itu dihentikan. Sebelum ini lelaki yang masih bujang ini didakwa kerap kali cuba menghalang zakar daripada ‘masuk’ ke dalam pelvisnya. Dan disebabkan keadaan tersebut dia tidak tidur semalaman.

Pesakit adalah anak ketiga daripada empat orang adik-beradik dan menamatkan pendidikan di gred tujuh. Secara umum dia tidak mempunyai sebarang sejarah perubatan melainkan pernah dibedah pada bahagian pangkal paha hingga ke testis sebelah kiri pada umur 19 tahun. Disebabkan pembedahan ini,timbul idea yang dia kemungkinan besar menjadi mandul dan kelelakiannya ticak lagi berfungsi. Bagaimanapun dia tidak pernah berjumpa pakar untuk mengatasi rasa takut itu.

Analisis sejarah seksual mendedahkan dia sering kali berfantasi mendampingi wanita, tidak pernah mempunyai pengalaman melakukan hubungan seks kecuali dengan seorang pelacur sebelum simptom ini berlaku. Akibatnya dia berasa malu dan bersalah. Apatah lagi mangsa dikatakan sebagai seorang yang pemalu, sensitif dan tidak mampu berdikari serta tidak mempunyai ramai kenalan.Selain itu keluarga ini juga tidak mempunyai sejarah penyakit psikiatri.

Pemeriksaan fizikal termasuk kemaluan menunjukkan tiada apa-apa yang istimewa atau tanda-tanda klinikal terhadap ‘organicities’. Pesakit bagaimanapun kelihatan bingung,berpeluh-peluh, menggigil dan berasa tidak selesa (tekanan) di bahagian celah kangkangnya. Di samping itu dia berasa amat yakin yang zakarnya akan terus mengecut seolah-olah akan menyusup masuk ke dalam abdomen.

Dan dalam keadaan yang amat takut, dia lebih sanggup mati daripaca ditakdirkan sedemikian. Setakat ini tidak kelihatan simptom-simptom psikotik.Lelaki muda ini mempunyai pencapaian intelek sederhana dan imejan resonan magnetik otak menunjukkan tidak wujud sebarang keganjilan dan normal. Berdasarkan diagnosis, dia berhadapan dengan gangguan kebimbangan dan panik. Dengan sebab itu, mangsa dirawat sebagai pesakit luar. Selain itu dia diberi sokongan psikoterapi dan terapi perlakuan. Selepas tiga bulan pesakit ini tidak menunjukkan simptom serangan. Setelah 10 bulan dia akhirnya kembali normal dan berhenti daripada mengambil ubat-ubatan.

1,573 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

11 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Mus
    Twitter:
    says:

    terima kasih atas info tersebut..
    bahayanya penyakit tu..
    Mus recently posted…Sekarang Ni- Aku Dah Tak Berapa TegarMy Profile

  2. Kamal Mustafa says:

    Rasanya pendek takde kot,cuma barang tue masuK semua kedalam.

  3. Naisophon says:

    TQ for info. Tak tahu lagi benda ni sebelum ni. Ni ke sebab barang jadi pendek tu?

  4. zik says:

    pasang angin .. ish .harap dijauhkanlah… huhu
    zik recently posted…Mengapa kita sukar untuk menyimpan duit setiap bulanMy Profile

  5. mie says:

    bahaya juga ni..
    kena berjaga2..
    ehehee
    mie recently posted…Paskal Selamatkan MT Bunga LaurelMy Profile

  6. Norizwan says:

    aku baru tahu bezanya…nak berancok kena hati-hati ler ni…
    Norizwan recently posted…Kucing HomelessMy Profile

  7. aktechpage.com says:

    Mohon dijauhkan drpd jenis penyakit ini…
    aktechpage.com recently posted…Alahai…Jadi Blog Mencari Jodoh PulakMy Profile

  8. genial says:

    sindrom koro.. baru denger saiia nya kang..
    sepertinya sangat menakutkan iia efeknya.. sampe menggigil2 segala 🙁

  9. akubiomed says:

    Wah mahu susah hati tiba-tiba alat kelamin hilang
    akubiomed recently posted…Perkongsian antara Yahoo! dan Bing menaikkan kualiti trafik blogMy Profile

  10. Amirez
    Twitter:
    says:

    alamak, seram sejuk lak baca entri ni
    Amirez recently posted…Lee Chong Wei Layak ke Separuh Akhir Terbuka Malaysia 2011My Profile

  11. deCrewz says:

    Owh.. 1sti time dengar.. Ngat nama penyakit.. Takut jugak klu kena..hu3. Nnt gelap masa depan..

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top