Kamal Info : Anggur Tingkat Ghairah Seks.

ANGGUR bukan hanya sekadar cantik dipandang atau rasanya yang enak. Banyak kelebihan yang ada pada buah yang banyak ditanam di negara-negara Mediterranean ini.Anggur hari ini bukan sahaja boleh diperoleh dalam bentuk segar tetapi juga dalam bentuk jus, jeli dan sebagainya. Mungkin selama ini kita tidak tahu bahawa secawan jus anggur terdiri daripada 28 mg kalsium, 30 mg fosfor, 0.8 mg zat besi. 5 mg sodium,293 mg potassium, sejumlah vitamin A, B kompeks dan P.
Anggur juga memiliki khasiat tersendiri. Antaranya untuk mengatasi
kelelahan. Kandungan gulanya yang tinggi membantu menyembuhkan pelbagai jenis kanser, mencegah serangan jantung dengan membantu
melancarkan aliran darah dan menyingkirkan plak lemak pada dinding pembuluh darah. Satu lagi keistimewaannya ialah sebagai ubat antivirus.

Menurut hasil kajian dua ahli Mocrobiologi dari Kanada yang diterbitkan dalam jurnal Applied and Enviromental Microbiology, jus anggur dapat mencegah dan membantu pemyembuhan beberapa penyakit jangkitan virus seperti influenza, polio dan herpes. Ini kerana kadar kepekatan tanin dalam buah anggur dikenal pasti mampu membunuh dan menyahkan virus penyebab penyakit. Buah anggur juga dikatakan dapat membangkitkan ghairah seks.Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa buah anggur yang sudah dipetik dari pohonnya,tidak akan menjadi lebih masak seperti mana buah-buah lain.

Jadi apabila membeli anggur pilihlah dengan hati-hati. Anggur yang baik ialah anggur yang baru dipetik kerana apabila ia sudah terlalu lama, ia akan kehilangan kerangupan dan rasanya. Anggur yang baik ialah mempunyai permukaan kulit yang licin dan disaluti lapisan nipis keputihan. la berfungsi untuk melindungi buah daripada panahan cahaya matahari.Jadi carilah anggur yang keras, besar, berwarna cerah. Anggur juga sebaiknya perlu disimpan dalam peti sejuk agar kerangupan dan rasanya tetap terjamin. Kebanyakan anggur yang berada di pasaran hari ini banyak dicemari oleh racun perosak.Jika anda ingin membuat jus, pilihlah anggur yang baik terutamanya yang ditanam secara organik.

651 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

5 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. zik says:

    nak cari anggur yang baru petik kat mana nie… itu memang fresh tuh… sedap..
    zik recently posted…Mengapa kita sukar untuk menyimpan duit setiap bulanMy Profile

  2. Rahsia Buah Pinggang Sihat says:

    Tip yang berguna bro.Saya baru tahu yang aggur ni mempunyai khasiat untuk meningkatkan keghairahan seks.Baguslah untuk para suami isteri yang mempunyai masalah dalam persetubuhan.

  3. akubiomed says:

    Selalu sarapan pagi bubuh buah Kismi didalam oat
    akubiomed recently posted…belum PUAS 8 tahun akhirnya kebocoranMy Profile

  4. aktechpage.com says:

    Tapi anggur ni adalah antara buah yang mahal harganya…
    lgpun kebanyakan anggur di Malaysia di import dr luar, jd nak x nak terpaksa terima bahawa khasiat anggur itu sudah berkurangan.
    aktechpage.com recently posted…Kekangan Masa Blogging &amp BlogWalking- Januari 2011My Profile

  5. mancai says:

    terima kasih bro.. baru tahu ni…

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top