Kali Pertama Cash Out Advertlets.

Cash Out Advertlets

Cash Out Advertlets

Setelah 1 tahun enam bulan KM join advertlets, akhirnya dapat jugak KM cash out pendapatan pertama dari blogging nie. Walaupun cuma Rm100 aje, sudah cukup membuktikan yang berbloging juga boleh menambah pendapatan. KM pun berblogging nie bukan sepenuh masa pun. Bak kata orang saja untuk suka-suka.

Tapi belum boleh buat kenduri lagi…Step untuk cash out Advertlets dah settle. Masih berstatus unpaid. Belum processing lagi. Kini dalam proses menunggulah seperti yang dinyatakan oleh advertlets iaitu selama 30 hingga 45 hari. Kenapa lama sangat ya. Persoalannya kenapa agaknya ambil masa yang lama untuk bayar kepada blogger. Sapo nak jawab tue????.

Advertlets Tak Bayar Blogger.

KM akui banyak runggutan dan cerita yang tidak elok tentang pembayaran dari advertlets nie. Kata orang kalau kita tak alami sendiri, kita tak tahu bagaimana rasanya. Jadi kita tunggulah dan lihat betul ke tidak. Kalau betullah seperti yang dikata. Ini bermakna terpaksalah tukar ke program lain.

Beralih Dari Nuffnang Ke Advertlets.

Kalau korang perasan KM dah beralih semula ke advertlets. Sebelum nie nuffnang. Dengan nuffnang terus terang KM join sejak 2008, korang tahu berapa income yang KM dapat, KM check semalam baru RM20.60. Mungkin betul jugak kata orang, blog yang banyak traffik memang kurang dapat BE. Entahlah…

Memang kurang dapat Buffered earning, dan ape ke benda earning lagi entah. So KM ambil keputusan terus pagi semalam tukar ke advertlets. Pukul 8.00 malam semalam, bila KM cek, dah boleh cash out dah. Apa lagi terus cash out. Ini kerana Advertlets bayar blogger dengan page impression. Walaupun tiada klik, page impression pun Advertlets bayar.

690 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

9 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

Sites That Link to this Post

  1. Komisen Dari Paid-To-Promote Yang Kedua | May 18, 2012
  1. obatkakipecah.com says:

    adsense masih lebih bagus

  2. tia says:

    dah banyak kali jugak dengar sok sek pasal advertlets ni .. huhu

  3. Kamal Mustafa says:

    @ohcikgu : Kita tunggu dan lihat nanti yo.

  4. ohcikgu
    Twitter:
    says:

    tahniah..hantar email selepas dah 45 hari. Kalau tak..akan lagi lambat dapat..
    ohcikgu recently posted…Lirik lagu dan Video Tiga Kata (3 Kata) – KRU StudiosMy Profile

  5. Kamal Mustafa says:

    @akubiomed, @Norizwan : Setahun lebih tunggu matang…sekarang menunggu gugur pulak.

  6. akubiomed says:

    Wah dah cash out rupanya. Tanniah 🙂
    akubiomed recently posted…Superbike exhaust show offMy Profile

  7. Norizwan says:

    untung ler…saya tak pernah cash out lagi…

  8. anif
    Twitter:
    says:

    Sebaik-baiknya hantar email ke advertlets untuk beritahu nak “cash out earnings”. Kalau tak memang lambat la…
    anif recently posted…Bajet 2012 – Pendaftaran Haji Menggunakan KWSP Akaun 2My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top