Jamuan Makan Untuk Ikan Di City Park Seremban 2

Beriadah Bersama Keluarga Di City Park Seremban 2

City Park Seremban 2 - Final[11-18-26]

Sekiranya KM berada di Seremban 2 belah petang, city park seremban 2 ini menjadi pilihan KM untuk beriadah bersama keluarga. Ia juga adalah antara pilihan Kepada semua warga Seremban dan juga untuk warga kota untuk beriadah dan rekreasi bersama keluarga. Bukan sahaja menjadi tumpuan pada hujung minggu atau cuti sekolah malah hari biasa pun ramai yang datang dan melawat S2 City Park Seremban 2 .

Berkeluasan 6 hektar City Park seremban 2 dibuka sejak tahun 2005, dilengkapi dengan pelbagai aktiviti, daripada trek senaman, gimnasium, bola keranjang, futsal dan gelanggang badminton. Ia juga sesuai bagi mereka yang ingin berehat bersama-sama dengan keluarga mereka ketika menonton air terjun dari bangku-bangku atau Wakaf disediakan.

Jamuan Makan Untuk Ikan Di City Park Seremban 2.

City Park Seremban 2 - Final[11-18-04]

City Park Seremban 2 - Final[09-57-39]

Salah satu keistimewaan taman ini ialah pengunjung boleh memberi makan ikan yang dipelihara di tasik pada masa yang ditetapkan.Anak-buah KM bukan main suka lagi memberi makan ikan-ikan dalam tasik nie. Makananan ikan yang berupa roti ada dijual di kawasan berdekatan.Seperti kebanyakan tempat rekreasi yang lain, City Park Seremban 2 ini juga mempunyai kemudahan awam seperti bilik rehat, ruang parkir yang luas dan persekitaran yang diawasi oleh pengawal keselamatan.

City Park Seremban 2 - Final[11-18-16]

IMG_0665

Sekiranya hari berangin, anda berpeluang menyaksikan pengunjung bermain layang-layang dikawasan padang. Selain itu juga kanak-kanak boleh bermain bubble dan bermain di taman permainan yang disediakan.

City Park Seremban 2 - Final[10-11-03]

Video Sekitar City Park Seremban 2

Kalau berpeluang ke Seremban, singgahlah ke City Park Seremban 2 bersama keluarga ya. Pasti puas hati.



15,497 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

4 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Ami Mulyadi says:

    Thanks buat infonya, sangat menarik

  2. Media Undh says:

    Terimakasih infornya gan. Silahkan berkunjung

  3. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : Macam-macam ikan ado, KM pun tak tahu. 🙂
    Kamal Mustafa recently posted…Jamuan Makan Untuk Ikan Di City Park Seremban 2My Profile

  4. akubiomed says:

    Kena bawa roti buku untuk melihat kilas ikan koi. 🙂
    akubiomed recently posted…Kelas Fotografi Botani di Taman Botani PutrajayaMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top