Istana Negara Lama Ditutup Secara Rasmi

Istana Negara

Istana Negara baharu di Jalan Duta, Kuala Lumpur dirakamkan dari Menara Kuala Lumpur semalam.

Istana Negara Lama Ditutup Secara Rasmi Hari Ini.

KUALA LUMPUR – Istana Negara lama yang telah menjangkau usia 83 tahun akan ditutup secara rasmi setelah selesai Istiadat Menurunkan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di istana itu di sini hari ini.

Istana Negara Baru Di Jalan Duta.

Istana Negara baharu bernilai RM800 juta yang terletak di Jalan Duta pula akan menjadi kediaman rasmi baharu bagi Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya setelah tamat tempoh jawatan yang kini dipegang oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sejarah Istana Negara.

Tersergam indah di tepi Bukit Petaling, pelbagai peristiwa telah berlaku di istana lama itu yang pada asalnya sebuah banglo yang dibina pada 1928 oleh pemilik asalnya iaitu seorang jutawan dari China, Chan Wing.

Bagaimanapun, sejak tercetusnya Perang Dunia Kedua yang menyaksikan negara ini ditawan Jepun, banglo yang telah ditinggalkan jutawan berkenaan digunakan sebagai mes Pegawai Tentera Jepun selama empat tahun bermula 1942 sehinggalah 1945.

Sejurus tamatnya perang itu, banglo tersebut telah bertukar tangan kepada British Military Administration (Malaya) yang menjadikannya sebagai mes pegawai kanan British pada 1946.

Kemudian ia bertukar milik kepada Kerajaan Negeri Selangor apabila dibeli dan diubahsuai sebagai sebuah istana untuk Sultan Selangor ketika itu, Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Istana itu kemudian bertukar milik sekali lagi apabila kerajaan Persekutuan membelinya pada harga RM1.4 juta pada tahun 1957 untuk dijadikan tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.

Kredit Info | kosmo.com.my | Istana Negara Lama Ditutup Secara Rasmi Hari Ini.

1,060 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. ohcikgu
    Twitter:
    says:

    emm..pernah sekali aje melawat..sekarang dah tutup plakk..
    ohcikgu recently posted…Surat dari Bakal Bapak Mertua aku..My Profile

  2. akubiomed says:

    Harap istana lama dibuka kepada rakyat untuk mengunjunginya
    akubiomed recently posted…Bermudik di Melaka River Cruise siri 1My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top