Ibu Tikam Bayinya 90 Kali Kerana Gigit Putingnya.

Tidak tahulah apa nak jadi dengan manusia hari ini. Tergamak buang anak, tanam anak, bakar anak, bunuh anak, dan macam-macam lagi yang boleh difikirkan. Baru-baru ini ada pulak kes dimana ibu tikam bayinya 90 kali kerana gigit putingnya semasa menyusu. Tergamak jugak ibu itu menikam anaknya. Apa yang menyebabkan dia tergamak menikam anaknya. Adakah disebabkan tekanan hidup atau masalah mental.

Ibu Tikam Bayinya 90 Kali Kerana Gigit Puting

XUZHOU – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan masih hidup selepas ditikam dengan gunting sebanyak 90 kali oleh ibunya selepas dia dikatakan tergigit putingnya semasa menyusu.

Bayi berkenaan, Kio Bao yang cedera parah di bahagian muka memerlukan 100 jahitan dalam insiden yang berlaku di sini, dalam wilayah Jiangsu di timur China. Bayi malang itu dikatakan tinggal bersama ibu dan dua orang bapa saudara yang menyara kehidupan mereka dengan mengitar semula sampah sarap.

Bao yang dijumpai dalam keadaan berlumuran darah di dalam kolam di belakang rumah mereka telah dibawa ke hospital oleh salah seorang bapa saudaranya. Ibu kanak-kanak tersebut kemudian mengaku dia telah menikam Bao kerana bayi itu dikatakan telah menggigit putingnya.

Jiran-jiran mereka merayu supaya kerajaan tempatan mengambil Bao, namun pihak berkuasa menolak permintaan itu kerana tidak ada pengesahan rasmi yang mengatakan ibunya mengalami penyakit mental.

Kredit Info : kosmo.com.my : Ibu Tikam Bayinya 90 Kali Kerana Gigit Puting.

845 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. akubiomed says:

    Memang kejam perlakuan ibu kandung kepada bayi yang tidak berdosa.

  2. papa mifz says:

    kesian kan baby tuh…tak pasal-pasal…

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top