Hos Radiator Kereta Pecah.

Siapa Yang Tak Cemas Bila Hos Radiator Kereta Pecah?

Ini cerita tentang hos radiator kereta KM pecah. Berlaku 14 syawal lepas. KM dan family rancang nak ke Pasar Tani Stadium Paroi. Sebelum tue kami singgah untuk sarapan pagi di Medan Selera PSMA Ampangan

Medan Selera PSMA Ampangan ParoiSampai sahaja di Medan Selera, KM terdengar bunyi desiran yang kuat. Tiba-tiba keluar asap pada hood kereta. Bagaikan orang terkena sawan lagaknya, KM dan family dengan cemas bergegas keluar dari kereta dan membuka hood depan kereta.

Hos Radiator Kereta (2)

Risau hati bukan kepalang, KM ingat engin terbakar ke. Rupa-rupanya hos radiator kereta pecah. Asap yang KM nampak tue rupa-rupanya air panas yang menyembur keluar.

Punyalah kuat tekananya sampai dekat 10 minit baru habis. Alhamdullilah semua selamat. Tapi yang paling menyedihkan adengan cemas itu hanya diperhatikan oleh orang ramai yang berada dalam food court yang jaraknya tak sampai 5 meter dari kereta KM kecuali seorang pakcik tua yang datang menanyakan apa yang berlaku.

Hos Radiator Kereta (1)Apa pun KM biarkan hood kereta terbuka dan masuk ke medan selera untuk sarapan. Adalah seorang dua yang menanyakan apa yang berlaku. Selepas bersarapan KM call adik KM. Nasib baik dia ada di pasar tani Stadium Paroi. Adik ipar KM datang bawak kereta. Kereta terpaksa ditinggalkan di medan selera sementara kami mencari pomen. Hari Ahad, musim raya pulak tue, ditambah pulah ramai yang mengadakan kenduri khawin. Mano nak cari pomen.

Tiada Pomen Untuk Baiki Hos Radiator Kereta Yang Pecah.

Nasib tak baik ada bengkel macam bukak, tapi tutup rupanya. Tuan bengkel tue nak keluar ada program. Tapi nasib baik dia ajar cara nak settlekan masalah hos radiator kereta yang pecah tue.

Sampai di rumah adik KM, suaminya ambillah apa barang yang patut dan kami ke medan selera semula untuk betulkan baiki semula hos radiator kereta yang pecah tersebut. Alhamdullilah berjaya juga. Walaupun tak 100% ok, tapi KM selamat bawak kereta balik rumah.

Esoknya KM ke bengkel kereta untuk betulkan sepenuhnya hos radiator kereta yang pecah tersebut. Pomen tue cakap hose kereta KM nie dah keras itu pasal senang pecah. Kena bayar RM50 aje.

Kesimpulannya, periksalah hos radiator kereta korang. Kalau korang rasa keras dan berkeriuk-keriuk macam keropok tue baik tukar. KM bernasib baik masalah ini berlaku tak jauh dari rumah.

Psst : Kalaulah Hos Radiator Kereta Pecah atas highway ermmm masak dibuatnya.

1,149 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

20 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Suri : Poie tambun Bercuti
    Kamal Mustafa recently posted…Berapa Kalori Dalam Makanan Yang Korang Makan?My Profile

  2. Kamal Mustafa says:

    @Suri : Kalau rakam nanti pomen tue pun peliklak, macam tak percayo ajo dio buek kojo 🙂
    Kamal Mustafa recently posted…Berapa Kalori Dalam Makanan Yang Korang Makan?My Profile

  3. suri says:

    mujur KM tak kena waktu malam kalau siang mudah cari oraang untuk di baiki.
    suri recently posted…Teknik Menjana Pendapatan Pasif Dengan Goyang KakiMy Profile

  4. suri says:

    asal duduk jauh lain kali pi tengok ker rakam ker hee.. saya harap KM punya kereta sudah baiki sepenuhnya 🙂
    suri recently posted…Jemputlah . . .My Profile

  5. suri says:

    pi tambon tak bagi tahu pun sampai hati sungguh hee..ada kenduri kawin ke KM? lama ke kat sana?

  6. akubiomed says:

    Boleh jadi gelabah kalau berlaku dimalam hari dan jauh dari bandar.
    akubiomed recently posted…Dari Kellie’s Castle ke Pasar Malam Brinchang Cameron HighlandsMy Profile

  7. Kamal Mustafa says:

    @Akura San : Servis tak pernah miss, cuma beberapa item perlu ditukar kerana dah lama. macam timing belt dan petrol filter
    Kamal Mustafa recently posted…Hos Radiator Kereta Pecah.My Profile

  8. Kamal Mustafa says:

    @Mus : Berapa kena bayar tue Bro Mus, KM nasib baiklah boleh pakai lagi. Kalau tak kena juga tukar 1 set.
    Kamal Mustafa recently posted…Hos Radiator Kereta Pecah.My Profile

  9. Mus
    Twitter:
    says:

    waja saya pun baru kena juga.. tangki radiator pun crack.. kenalah tukar 1 set
    Mus recently posted…Membaiki Kamera DSLR Nikon Yang RosakMy Profile

  10. Akuro San says:

    ish, bahaya tuh. mungkin kereta dah perlu dibawa servis untuk elak ada kerosakan lain pula.

  11. Kamal Mustafa says:

    @Hazmin Hamudin : Syukur takl berlaku.
    Kamal Mustafa recently posted…Hos Radiator Kereta Pecah.My Profile

  12. Kamal Mustafa says:

    @Suri : Pomen yang betulkan…kito duk jauh ajo 🙂
    Kamal Mustafa recently posted…Hos Radiator Kereta Pecah.My Profile

  13. Kamal Mustafa says:

    @Suri : KM baru poie Tambun awal Sept nie. Belum buat post lagi 🙂
    Kamal Mustafa recently posted…Hos Radiator Kereta Pecah.My Profile

  14. Kamal Mustafa says:

    @Suri : Iyo masalah hos radiator nie cepat settlekan, tempreture naik melambung buleh terbakar.
    Kamal Mustafa recently posted…Hos Radiator Kereta Pecah.My Profile

  15. suri says:

    saya harap keretanay sudah di baiki bolehlah perg kerja dengan hati senang.kereta kalau tak ada susah bila lagi saat-saat kecemasan memang ia sangat membantu
    suri recently posted…Teknik Menjana Pendapatan Pasif Dengan Goyang KakiMy Profile

  16. suri says:

    memang sah tekaan saya sebelum ini silapkan huhu…bila KM mahu jalan ke ipoh? naik kereta pun bolehlah. 🙂
    suri recently posted…Job Dari Rumah Membantu Saat TerdesakMy Profile

  17. suri says:

    mesti ia salah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.mesti beringat lepas ini untuk kami ada kenderaan
    suri recently posted…Pengalaman vs Buat Duit Dengan BlogMy Profile

  18. suri says:

    mengapa km tak buat entri cara2 pak cik tu ajarkan. rasanya boleh membantu orang dalam keadaan terdesak nanti.
    suri recently posted…CPUV Campaigns Nuffnang 7_ 2013My Profile

  19. suri says:

    mujur ia tidak terbakar. kalau tak habislah kereta..ikutkan kalau kereta baru atau lama kena rajin servis km
    suri recently posted…Potensi Bersara Wang Tetap BercambahMy Profile

  20. Memang masak kalau kena tengah highway atau dekat kawasan yang sunyi.
    Hazmin Hamudin recently posted…Piala Sultan Selangor 2013My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top