Homemade Pizza Lagi…

Buat Pizza lagi…

Assalam, selepas buek cheezy ball hari tue ada lagi balance Cheddar & Mozzarella Cheese dalam peti sejuk. Jadi jumaat lepas KM dan Omak sompek laie ke Tesco Seremban 2 untuk boli bahan-bahan untuk buek pizza. Sonang ajo nak buek eh. Kalau tahu baik buek pizza sendiri pueh hati. Bukan apo kalau boli kek luar, isi eh ajo sekolumit, roti eh kemain toba laie.

KM Homemade Pizza - Slice Bake Pizza

Bahan-bahan untuk pizza kali nie adalah:

1. Tepung yang telah diuli dengan yis (ibu roti). Rehatkan selama 1 jam.
KM Homemade Pizza - Uli Tepung2.  Shitake mushroom yang dihiris.
KM Homemade Pizza - Shiitake Mushroom3. Button mushroom yang dihiris.
KM Homemade Pizza - Dice Pineapple4. Bawang besar (Kuning) dihiris bulat
KM Homemade Pizza - Yellow Slice Onion5. Nenas masak dipotong dadu.
KM Homemade Pizza - Dice Pineapple6. Hotdog dihiris.
KM Homemade Pizza - Slice Hotdog7. Sos prego (KM pakai mushroom dan cendawan)
KM Homemade Pizza - Prego Italian Pasta Sauce8. Daging kisar (KM guna brand ramli). Daging ini KM masakkan sekejap dalam kuali tanpa minyak. Air daging ini biarkan kering. Masukkan herba thyme dan rosemery.
<img class="aligncenter" alt="KM Homemade Pizza – Mix Meat And Pasta Sauce-1″ src=”http://i1240.photobucket.com/albums/gg489/KamalMustafa78/Pizza2014/KMHomemadePizza20148_zpsca01462f.jpg” width=”600″ height=”450″ />9. Kemudian satukan sos prego dan daging seperti dibawah. Sebatian ini adalah base sos untuk pizza.
KM Homemade Pizza - Mix Meat And Pasta Sauce-2, Cheddar Cheese 10. KM guna 3 jenis cheese. Parmesan cheese, Cheddar & Mozzarella Cheese.
KM Homemade Pizza - Mozarella Cheese, Parmesan Cheese, Cheddar Cheese

Itulah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi pizza nie.

Cara-cara membuatnya adalah:

1. Tepung yang telah diuli tadi ditebar dalam dulang pembakar. Sebelum tebar sapu dulang pembakar dengan sedikit magerin.
KM Homemade Pizza - Pizza Doh

2. Masuk dan ratakan daging yang dicampur dengan sos tadi.
KM Homemade Pizza - Layer Sauce

3. Masukkan bawang yang telah dihiris.
KM Homemade Pizza - Layer Yellow Onion

4. Masukkan pula Shitake dan button mushroom.
KM Homemade Pizza - Layer Mushroom

5. Masukkan hotdog yang telah dihiris.
KM Homemade Pizza - Layer Hotdog

6.  Masukkan nenas yang telah dipotong dadu, Parmesan, Cheddar dan Mozzarella Cheese.
KM Homemade Pizza - Layer Mozarella Cheese, Parmesan Cheese, Cheddar Cheese

7. Bakar pizza selama 45 minit dan kekuningan. Tak perlu tunggu sejuk baru nak makan. Elok makan masa masih panas.
KM Homemade Pizza - Finish Bake Pizza

Selamat mencuba kepada yang nak cuba resepi pizza KM nie.

1,786 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

6 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : Betul tue, sebab kalau beli kek luar isi ciput sangat.
    Kamal Mustafa recently posted…Ada BeraniMy Profile

  2. Kamal Mustafa says:

    @Bro Zul : Boleh jugak sikit-sikit. Belajar tambah pengalaman memasak.
    Kamal Mustafa recently posted…Ada BeraniMy Profile

  3. Bro Zulkbo says:

    Perghh…
    Sedap tu Bro..mmg berbakat memasak
    ni ye..saya bab makan jer khatam..haha
    Bro Zulkbo recently posted…Program Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari Borang Daftar Secara OnlineMy Profile

  4. akubiomed says:

    Puas hati buat sendiri. Boleh letak toping sesuka hati.
    akubiomed recently posted…Apa bila sakit gigi apa pun tidak bolehMy Profile

  5. Kamal Mustafa says:

    @Titan : Kalau dok ke rumah takdo kojo lain nak buek, inilah kojo eh 🙂
    Kamal Mustafa recently posted…Homemade Pizza Lagi…My Profile

  6. titan
    Twitter:
    says:

    fuh..rajin betul hang masak piza ehh..
    titan recently posted…Klikjer Payment – Kali ke 5My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top