Hisap Rokok Elektronik Di Sekolah Memang Patut Diharamkan.

Rome Haram Rokok Elektronik Di Sekolah.

Walaupun banyak spekulasi tentang keupayaan rokok elektronik ini yang dikatakan boleh mengurangkan ketagihan merokok, nampaknya penguna rokok elektronik ini makin bertambah hari demi hari. Tetapi pengunanya juga bukanlah hanya perokok tegar yang ingin berhenti merokok malah pelajar sekolah juga. Janganlah di Malaysia pun jadi macam ini. Memang patut penggunaannya diharamkan di sekolah, kolej dan ipt.

Rokok Elektronik

ROME – Itali kelmarin telah mengharamkan semua penjualan rokok elektronik yang didapati mempunyai kandungan nikotin berbahaya kepada kanak-kanak dan melarang penggunaannya di sekolah.

Langkah itu dilaksanakan ketika sebuah pertubuhan pengguna mendakwa langkah yang diambil oleh pihak berkuasa tidak cukup tegas. Jika dahulu rokok elektronik dilihat sebagai salah satu cara berhenti merokok. Kini tidak lagi.

“Menteri Kesihatan Itali, Beatrice Lorenzin mengharamkan penjualan rokok elektronik yang mengandungi nikotin kepada kanak-kanak bawah umur 18 tahun,” jelas kementerian terbabit dalam satu kenyataan.

Rokok Elektronik Membahayakan Kesihatan.

“Kami tidak mahu mendakwa bahawa rokok elektronik lebih berbahaya daripada rokok biasa. Namun ia tidak sepatutnya digunakan kerana ia membahayakan kesihatan,” kata Lorenzin kepada saluran televisyen Rai.

“Orang ramai perlu diberitahu tentang apa kandungan rokok tersebut. Air dan aroma (kapsul) adalah satu perkara. Namun kandungan nikotin akan menyebabkan ketagihan,” tambahnya.

Undang-Undang Pengharaman Rokok Elektronik Perlu Dikaji.

Pertubuhan Pengguna Itali Codacons mengkritik undang-undang baharu itu sebagai benar-benar tidak mencukupi. Undang-undang pengunaan rokok elektronik ini perlu dikaji semula.

“Rokok elektronik sepatutnya diharamkan di tempat umum seperti rokok biasa. Tidak jelas kenapa kementerian tahu ia berbahaya dan mengharamkannya di sekolah sahaja tetapi tidak diharamkan di tempat-tempat awam,” kata Presiden Codacons, Carlo Rienzi.

Kredit Info : kosmo.com.my : Hisap Rokok Elektronik Di Sekolah Memang Patut Diharamkan.

870 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

1 Enlightened Reply

Trackback  •  Comments RSS

  1. akubiomed says:

    Semasa di sekolah menegah dahulu biasa Nampak guru lelaki lepak bilik sukan untuk dijadikan port menghisap rokok gulung.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top