Hello Bos – Rosli Mengamuk.

Kartun Hello Bos Telah Berusia 24 Tahun

Assalammualikum,

Kalau korang selalu baca akhbar Utusan Malaysia, didalamnya ada terdapat satu ruangan kartun yang sangat diminati oleh para pembacanya. Nama ruangan itu, Hello Bos. Kartunisnya ialah Dee, atau nama sebenarnya Zaidi Md. Yusop. Sedar tidak sedar sebenarnya kartun itu telah berusia 24 tahun.

http://kamalmustafa.com/wp-content/uploads/2015/05/Rosli-Mengamuk.jpg

Bila KM ke kedai buku baru-baru nie untuk membeli majalah PC (makin lambat keluar edisi Mei 2015), KM ternampak pulak buku 24 Tahun Hello Bos – Rosli Mengamuk. KM selalu juga baca akhbar Utusan Malaysia di Warung Makan Mak Long. Kartun Hello Bos nie memang tak miss punyalah. Hello Bos disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia sejak tahun 1991 dengan jenaka serta sindirannya yang lucu dan “makan dalam”.

Dee - 24 Tahun Hello Bos - Rosli Mengamuk.

Zaidi Md. Yusop AKA Dee [Image Via : utusan.com.my]

Jadi semua kartun yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia sejak tahun 1991 tue disatukan dalam 1 buku. Kartun Hello Bos nie mempamerkan ragam sebenar kehidupan di pejabat. Ada bos, ada budak pejabat. Ada tukang cuci, ada eksekutif bertali leher besar. Ada “tukang cucuk”, ada si lurus bendul. Ada pengampu, si gadis comel dan ada juga yang sepanjang masa jadi bahan lawak.

Dalam situasi inilah berdirinya watak-watak utama Hello Bos, iaitu Rosli dan Bos, serta Liza dan rakan pejabat yang lain. Melalui watak-watak inilah Kartunisnya melakarkan peristiwa-peristiwa lucu yang sering kali terjadi dalam suasana pejabat.

Serius memang mengembalikan semula nostalgia bila baca buku kartun nie, ini buka sekadar koleksi kartun, ada juga selitkan info, nasihat dan Hadis Nabi didalamnya. Harga hanya RM19.90. Bebaloilah kalau beli tak rugi. Korang akan tersenyum sendiri bila baca.

747 total views, 6 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

6 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. download film terbaru says:

    wah kartun apa ya, saya belum pernah tahu ini kartun, tapi kayaknya keren ya

  2. mamat says:

    Menarik majalahnye ,haha

  3. mrhanafi says:

    memang selalu juga baca kartun dalam suratkhabar..kalau dibukukan lagi bagus..senang nak baca episod yang lepas-lepas.

  4. zik says:

    terbaik karya dia…. watak mamak tuh selalu ada… hehe

  5. Kamal Mustafa says:

    @Zara : Kartun Hello Bos banyak disiarkan dalam akhbar utusan. Selingan dari baca hal-hal semasa
    Kamal Mustafa recently posted…Hello Bos – Rosli Mengamuk.My Profile

  6. zara says:

    rasanya mase jaman sekolah pernah bace kartun ni dalam majalah gila-gila.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top