Hari Nuzul Al-Quran 2011

Hari Nuzul Al-Quran

17 Ogos 2011 Hari Nuzul Al-Quran.

Assalamualaikum.

Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam memperingati serta mengambil iktibar atas peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam agama Islam khususnya Hari Nuzul Al-Quran. Tahun ini kita menyambut Hari Nuzul Al-Quran yang jatuh pada 17 Ogos 2011. Memang sesuai sekali dengan peristiwa Nuzul Al-Quran yang berlaku dalam bulan Ramadhan.

Tahun lepas KM ada buat pos mengenai sejarah Hari Nuzul Al-Quran. Seperti yang sedia maklum ramai antara kita umat Islam tidak semuanya dapat menghayati keindahan ayat-ayat Al-quran. Itulah sebabnya semasa kita kecil ibu-bapa yang peka menghantar anaknya mengaji Al-Quran. Orang yang membaca Al-Quran lebih besar pahalanya jika mengetahui terjemahan Al-Quran. Sekarang ini dah ada banyak Al-Quran yang telah dicetak bersama-sama dengan terjemahannya. Itu tidak termasuk terjemahan Al-Quran dalam Mp3.

Malam Nuzul Al-Quran Di Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan membawa rahmat, bulan Maghfirah ( keampunan ) bulan yang membawa berbagai-bagai hikmah dan rahsia di dalam bulan-bulan ini banyak peristiwa-peristiwa penting telah berlaku. Di antaranya peristiwa yang maha agung dalam sejarah umat Islam, umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu tidak lain peristiwa turunnya kitab suci atau dikatakan sebagai Nuzul Al-Quran. Dan peristiwa itu dirakamkan di dalam Al-Quran sebagai memperingati kita semua sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud,

“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan- keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan di antara yang benar dan yang salah”

Pada Pendapat KM sebagai umat Islam memang sewajarnya memperingati peristiwa ini dengan rasa penuh syukur kepada Allah Subhanahu Wataala, kerana telah memilih kita di kalangan umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk diturunkan kitab suci Al-Quran.

Amalan Yang Sering Dilakukan Pada Hari Nuzul Al-Quran.

Selalunya bila tiba Hari Nuzul Al-Quran kita digalakkan beriktikaf di masjid, sembahyang berjemaah dan seterusnya bersembahyang Tarawih dan Witir, membanyakkan membaca Al-Quran dan bertadarus beramai-ramai, membanyakkan berdoa, beristighfar memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wataala, membanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti Tahajjud, Tasbih, Taubat dan lain-lain.

Pssst : Ada ke orang yang ambil cuti pada Hari Nuzul Al-Quran tahun nie ?

1,771 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Princess MOMOY says:

    company memang cuti pada hari tu

  2. mancai says:

    salam nuzul Al-Quran… semoga pada bulan ramadhan ni kita sama2 dapat menghayatinya…
    mancai recently posted…keperluan kesihatan mental seorang dewasaMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top