Hak Cipta Perkataan ‘Taiko’ Milik Zed Zaidi

Zed Zaidi peroleh hak cipta perkataan 'Taiko'

Zed Zaidi Peroleh Hak Cipta Perkataan ‘Taiko’

Sebelum ini, perkataan ‘Taiko’ telah menjadi rebutan oleh banyak penerbit untuk mendapatkan hak menggunakan perkataan itu sebagai judul filem mereka.

Dipetik dari Berita Harian, hak cipta perkataan ‘Taiko’ akhirnya telah diberikan kepada Dzed Resources dan ia telah disahkan oleh penerbitnya iaitu Rozaidi Abdul Jamil atau pun lebih dikenali sebagai Zed Zaidi (31).

“Dari awal lagi memang saya berhasrat untuk menggunakan judul itu kerana pada saya, tajuknya cukup ‘catchy’ dan saya ada perancangan yang lebih besar berdasarkan tajuk itu,” kata Zed Zaidi.

Jelasnya, dengan tajuk itu, dia mampu mengaitkannya dengan peluang perniagaan seperti pengiklanan jenama barangan ataupun perkhidmatan, kerana konsep sebegitu dalam filem boleh mendatangkan keuntungan lumayan.

Zed Zaidi Sangkal Saingan Filem Taiko Dan KL Gangster.

Zed Zaidi turut menyangkal bahawa filem “Taiko” cuba menyaingi filem arahan Syamsul Yusuf “KL Gangster”.

“Skop “Taiko” sebenarnya luas. Ia bukan hanya berkisarkan kepada budaya kumpulan samseng, tetapi juga pada kumpulan lain dan juga pertubuhan. Apa saja boleh berlaku jika perasaan tamak dan gila kuasa berlaku dalam sesebuah pertubuhan,” katanya lagi.

Pelakon Filem Taiko.

Dalam pada itu, filem “Taiko” akan menampilkan barisan pelakon seperti Faizal, Neelofa, Beto Khusairy, Azhan Rani, Riz Ainuddin, Namron dan Abu Bakar Omar.

Kredit Info : Yahoo.com.my : Zed Zaidi Peroleh Hak Cipta Perkataan Taiko.

983 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. iman says:

    Wow ! Klau ada Beto cite mesti best. Must watch !!!!!!

  2. akubiomed says:

    Tentu peminat akan membanding kedua-dua cerita yang berkisar gangster nanti.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top