Gerenti Jadi Masala Vadai.

Vadai Ke Masala Vadai?

Selalunya orang panggil kuih tradisi orang India nie Vadai, Sebut vadai aja pasti semua orang tahu. Tapi nama sebenarnya Masala Vadai. Vadai pula ialah kuih dari kacang dal yang berbentuk seperti kuih donut, lembut, rasanya masam, dan selalunya dimakan bersama kari.

Masala Vadai (3)

Vadai

Inilah Vadai yang sebenar [Image Via Google]

Tak tahu kenapa Masala Vadai boleh bertukar nama Vadai, mungkin senang nak sebut agaknya. kalau korang tak percaya cuba tanya pakcik Google. Bila korang taip Vadai keluar gambar lain. Tapi takpelah ape pun namanya kebanyakan orang hanya kenalnya dengan nama Vadai.

KM memang suka makan Vadai nie. Pernah beberapa kali cuba buat tak jadi. Vadai pecah semasa digoreng.

Resepi Masala Vadai.

KM selalu blogwalking ke blog Kak Jee. Rupanya Kak Jee ada berkongsikan resepi kuih Vadai nie. Senang aja nak buat eh. Ok KM nak berkongsi resepi Vadai nie.

Bahan-Bahannya Untuk Buat Masala Vadai (10 – 15 Keping)

– 500 gram Kacang dal (Direndam semalaman*)
– 1 Biji bawang besar dicincang
– 1 biji cili hijau** (dihiris)
– Setangkai daun kari (dihiris)
– 2 sudu besar dijintan manis (ditumbuk kasar)
– Garam & Pak Aji.

Cara Membuat Masala Vadai

1. Kacang dal yang direndam ditos sampai kering. 1/3 asingkan. 3/4 lagi dimesin halus menggunakan blender kering. Ingat ya! blender kering bukan blender basah. *Jangan rendam kacang dal terlalu lama, takut masam. Selalunya kalau nak buat esok malam nie boleh rendam.

2. Setelah kacang dal dimesin satukan semua bahan diatas termasuk 1/3 kacang dal tadi ke dalam mangkuk gaul sebati. **Resepi asal guna cili hijau, kalau nak guna cili merah pun boleh. Nak pedas guna cili api pun boleh. KM guna cili flake. Budak-budak boleh makan.

3. Basahkan tangan dengan air kemudian bentukkan adunan Vadai mengikut saiz yang korang suka.

4. Goreng dengan api sederhana besar. Angkat apabila sudah kekuningan.

Masala Vadai (2)

Goreng dengan api sederhana besar. Bila dah kekuningan angkat.

Masala Vadai (1)Siap.. Jadi jugak Vadai den nie haa.  Nak buat berniaga pun pun boleh. Selamat mencuba.

4,901 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

5 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Oyong Ilham says:

    Cocok untuk menu berbuka puasa ni bg kamal …..

  2. Kamal Mustafa says:

    @Mus : senang aja resepinya. Semalam KM buat lagi kali nie KM tambah cendawan shitake. hehehe sedap
    Kamal Mustafa recently posted…Pengomen Mantap Bulan Jun 2014My Profile

  3. Mus
    Twitter:
    says:

    tak pernah lagi makan masala vadai ni.. teringin nak mencuba juga tu nanti..
    Mus recently posted…Senarai Bazaar Ramadhan Popular Di Kota Kinabalu, SabahMy Profile

  4. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : Nak buat pun sonang. 🙂
    Kamal Mustafa recently posted…Gerenti Jadi Masala Vadai.My Profile

  5. akubiomed says:

    Boleh dicuba untuk dijadikan juadah berbuka Puasa nanti.
    akubiomed recently posted…Menjinak burung di Taman Burung Kuala LumpurMy Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top