Gambar Pemandangan Sungai Rhine Dilelong RM13.5 juta

gambar pemandangan Sungai Rhine

INILAH foto Gambar Pemandangan Sungai Rhine yang dirakam oleh Gursky dan dicetak di atas kaca akrilik.

Gambar Pemandangan Sungai Rhine Dijual Pada Harga AS$4.3 juta

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Sekeping gambar pemandangan Sungai Rhine di Jerman dijual pada harga AS$4.3 juta (RM13.5 juta) di sini, sekali gus mencatat rekod lelongan gambar termahal di dunia.

Gambar Pemandangan Sungai Rhine Bertajuk Rhein II

Bertajuk Rhein II, gambar warna itu dijual pada Selasa lalu dalam satu lelongan oleh firma Christie.

Agensi lelongan berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut.

Gambar Pemandangan Sungai Rhine yang dirakam pada tahun 1999 oleh artis Jerman, Andreas Gursky

Rekod gambar termahal yang pernah dijual dalam lelongan sebelum ini ialah sekeping gambar yang dirakam oleh Cindy Sherman bertajuk Untitled.

Foto berkenaan dijual pada harga AS$3.8 juta (RM11.9 juta) oleh firma lelongan Christie pada Mei lalu.

Kredit Info Dan Gambar Via : kosmo.com.my : Gambar Pemandangan Sungai Rhine Dilelong RM13.5 juta

231 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , ,

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. akubiomed says:

    Seni ini susah hendak dinilaikan kerana ia adalah subjektif. Setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan yang tidak sama.

  2. jasman says:

    tak tahu la apa yg menarik sgt gambar tu…tp mungkin org berhati seni je kot yg memahami keindahan di sebalik gambar tu…hehe
    jasman recently posted…Sukan SEA Indonesia 2011…My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top