Filem Terbaru Di Pawagam : Zoo (2010)

Pengarah : Azhari Mohd Zain

Syarikat Penerbit : MIG Production Sdn. Bhd.

Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum

Tarikh Tayangan : 01 Julai 2010

Lakonan:

Mazlan Pet Pet
:
Ad (Pelakon Utama)
Lisa Surihani
:
Sheila (Pelakon Utama)
Bob Lokman
:
Encik Din (Pelakon Pembantu)
Azlee Senario
:
Rain (Pelakon Pembantu)

Sinopsis

ZOO merupakan sebuah filem komedi fantasi yang mengisahkan seorang jejaka bernama Lan yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Sikapnya yang ‘gila-gila’ membawa padah kepada dirinya apabila sering diberhentikan kerja. Pada suatu hari, ketika sedang menjual minuman di hadapan Zoo, Lan secara tidak sengaja masuk ke sessi temuduga yang dibuat oleh pengurus disitu, En. Din dan Lan mendapat jawatan tersebut. Dari saat itu bermulalah kisah Lan bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan.

Lan telah diperkenalkan kepada seorang lagi pekerja di situ iaitu Shila. Menurut Shila, ramai pengawal di situ telah lari selepas semalaman berkerja. Mereka mendakwa haiwan di zoo itu boleh bercakap tetapi Shila sendiri tidak mempercayainya. Lan yang mendengar cerita dari Shila bukan sahaja tidak mempercayainya malah telah mentertawakannya. Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada hari pertama rondaan Lan di zoo tersebut. Lan sendiri melihat haiwan-haiwan di situ seperti singa, gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegur Lan.

Lan demam keesokan harinya. Lan menceritakan perkara tersebut kepada Shila dan En. Din tetapi mereka tidak mepercayainya. Begitu juga dengan  Osman yang turut bekerja di situ tidak mempercayai kata-kata Lan. Osman pula pandai membodek En Din dan berlagak seperti pekerja yang baik dan boleh dipercayai. Pada suatu hari, zoo tersebut kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan exotic. Osman yang terkenal dengan sikap yang tidak disenangi telah menuduh Lan bersubahat dengan penjenayah mencuri haiwan-haiwan tersebut.

En Din yang percaya dengan semua tuduhan Osman itu telah memberi Lan surat amaran kepada Lan. Lan telah meminta pertolongan dari haiwan-haiwan itu untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Dari siasatan yang dibuat oleh Lan dan haiwan-haiwan di situ, mereka mendapati sindiket diketuai oleh Rain dan dibantu oleh Bad telah menyeludup haiwan-haiwan itu keluar tetapi ada orang dalam yang bersubahat.

Lan telah menamakan beberapa orang yang dicurigainya tetapi tiada bukti kukuh untuk menuduh mereka. Selang beberapa hari, zoo menjadi lebih kecoh apabila lebih banyak haiwan telah dicuri. Adakah Lan dapat membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah? Adakah tepat seperti yang didakwa oleh Lan terhadap “suspek-suspek’nya? Bagaimanakah haiwan-haiwan itu dan Lan sendiri dapat membantu antara satu sama lain? Saksikan ZOO untuk mengetahui kesudahannya.

Trailer

Gambar Dari Filem

661 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

1 Enlightened Reply

Trackback  •  Comments RSS

Sites That Link to this Post

  1. Kamal Info : Beza Angin Pasang Dengan Sindrom Koro | April 21, 2014

    Post a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge

    Top