Filem Terbaru Di Pawagam : Sini Ada Hantu 2011

Pengarah : James Lee

Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn.Bhd.

Bahasa : Bahasa Melayu

Kategori : Filem Cereka

 

Klasifikasi : PG-13 – Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untukĀ  kanak-kanak di bawah umur 13 tahun

Tarikh Tayangan : 10 Februari 2011

Durasi : 98 min

Lakonan:

Alvin Wong
:
Meng (Pelakon Utama)
Rama
:
Ramasundran (Pelakon Utama)
Fasha Sandha
:
Hantu Pokok Pisang (Pelakon Utama)
Pete Teo
:
John (Pelakon Utama)
Patrick Teoh
:
Pakcik Ma Zhai (Pelakon Pembantu)
Eira Syazira
:
Noraini (Pelakon Pembantu)
Kuswadinata
:
Pak Hamid (Pelakon Pembantu)

Sinopsis :

Sini Ada Hantu bermula apabila dua orang pemandu van, Ah Meng dan Bakri yang telah ditugaskan pada saat akhir menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung dimana mereka perlu sampai ke destinasi keesokan paginya. Pada mulanya mereka menolak tapi apabila ditawarkan dengan upah yang lumayan mereke bersetuju.

Semasa dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi bagi menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk, mereka berdua bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar. Bakri memulakan kisahnya “Hantu Pokok Pisang”… kisah wanita cantik yang menjelma dari pokok pisang. Ah Meng mentertawakan Bakri dan mengatakan hantu melayu tak logik , Ah Meng mula menceritakan kehebatan hantu Cina pula “Hantu Nombor Ekor” Kisah empat lelaki yang mengalami masalah kewangan lalu memuja roh untuk memberikan pertolongan dengan memberi nombor ekor.

Apabila Ah Meng habis bercerita, Bakri memberitahu Ah Meng cerita hantu cina lagi tak logik. Bakri memberitahu Ah Meng yang dia mempunyai cerita lain, tapi kali ini cerita ini mengisahkan hantu dari luar negera. Ah Meng mula bercerita tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kemudian mendapati mereka semua takut pergi ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Jelmaan hantu Jepun sering berkeliaran pada waktu malam.

Ketika Ah Meng ingin menceritakan kisah hantu yang lain, van mereka yang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita itu tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, sesuatu telah berlaku… Apa yang terjadi pada Ah Meng dan Bakri?Berjayakah mereka menyelesaikan tugas mereka? Apa yang telah berlaku? “10 Febuari dipawagam. Sini Ada Hantu” bakal menemukan jawapannya.

Gambar :

Trailer :

1,814 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

1 Enlightened Reply

Trackback  •  Comments RSS

  1. zik says:

    dia banyak cerita dalam sini ada hantu nih… hantu no ekor ada, hantu jepun, hantu keranda… hari tuh baru tengok the making kat tv…
    zik recently posted…Bapa berhutang dengan mara- anak mendapat kesannya!My Profile

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top