Kamal Info : Epal Penawar Yang Berkesan

Epal Penawar Yang Berkesan

Epal Penawar Yang Berkesan.

BUAH BUAHAN memang sudah sedia diketahui banyak khasiatnya. Rata-rata masyarakat memang menggemari buah buahan sebagai makanan sampingan dan ialebih terkenal sebagai pencuci mulut selepas makan. Buah buahan terkenal dengan kandungan vitamin dan mineral.Sungguhpun begitu tidak ramai di kalangan kita yang monggunakan buah buahan sebagai alternatif untuk mencegah dan membantu penyembuhan penyakit.

Khasiat Buah Epal.

Di Barat konsep alami (Semulajadi) sudah mula menular dengan hebat, mereka cuba mencari alternatif selain dadah untuk penyembuhan dan kawalan penyakit. Buah buahan juga sayur sayuran memang terbukti sejak zaman berzaman banyak membantu dalam menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol, gangguan pencernaan, antibiotik, sakit kepala dan berbagai-bagai penyakit lagi.Epal adalah salah satu daripada alternatif terbaik untuk tujuan ini.

Segelas jus epal umpamanya, mengandungi 15 mg kalsium, 22 mg fosforus, 15 mg zat besi, 15 mg sodium, 250 mg potassium, sedikit vitamin B kompleks, 2 mg vitamin C dan 20 I.U vitamin A.Jus epal sangat berkesan untuk mengatasi sembelit, cirit birit dan gangguan pencernaan. Ini disebabkan kandungan pektin (serat buah) yang tinggi.

Pektin yang terdapat pada kulit buah epal amat baik jika dikombinasikan dengan serat semulajadi lain seperti bayam dan garam mineral, akan membentuk satu campuran yang dikenali sebagai laxative (ubat pencuci perut). la akan secara luar biasa memenuhi dinding ususmelalui gerakan kimia yang kuat tapi tidak membahayakan seterusnya melepaskan kotoran yang telah lama ada di usus besar,Selain itu pektin sangat berkhasiat dalam menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Untuk menjadikannya lebih efektif, pektin harus dicampur dengan jus epal itu sendiri.

Penyembuhan radang sendi juga merupakan salah satu daripada manfaat jus epal.

Dalam hal ini manfaat tersebut boleh didapati dari cuka sari buah epal (jus epal yang telah diragikan) atau dengan kata lain jus epal yang telah menjalani proses penapaian. Jus berfungsi dengan cara mengurangi endapan kristal asam yang ada di sekitar tulang sendi.

Post Dalam Kategori : Kamal Info

634 total views, 4 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

6 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    betul…betul…betul..

  2. aktechpage.com says:

    Kalo makan sebiji epal pun bole juga mengatasi sembelit, cirit-birit dan gangguan pencernaan kan???

    X semestinya jus epal je kan??
    aktechpage.com recently posted…Kucing2TerbiarBlogspotcom- Kisah Kucing Yang TerbiarMy Profile

  3. zik says:

    buah epal … sedap pun sedap…
    zik recently posted…Selawat murah rezeki- insyallahMy Profile

  4. Kamal Mustafa says:

    Betul…betul…betul

  5. akubiomed says:

    Epal juga untuk bersih gigi. Nengok mat salleh bangun tidor terus makan epal 🙂

  6. haru says:

    pepatah org putih pnah mngtakan ‘an apple a day can keep away from doctor; hoho

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top