Dividen dan bonus ASB dari tahun 1990 – 2014

Dividen Dan Bonus ASB 2014

Assalammualaikum

Bagi kerja-kerja pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, semua urusniaga ASN & ASB akan ditangguhkan bermula 23 Disember 2014 hingga 1 Januari 2015. Ini bermakna korang tak boleh keluar atau masukkan duit ke dalam 2 akaun berkenaan. Akaun bank lain macam biaso yo.

dividen-asb-2014


Walau apa pun ceritanya, bila tiba hujung tahun inilah berita yang dinanti-nanti semua rakyat Malaysia yang menyimpan di ASNB dan ASB. Baru-baru ini Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.

Urusniaga akan dibuka semula pada 2 Januari 2015. Masa nie berpusu-pusulah orang ke pejabat pos dan bank-bank ejen utuk kemas kini akaun diorang nak check berapa dividen dan bonus yang mereka dapat (termasuklah KM).

Berikut Adalah Dividen dan bonus ASB dari tahun 1990 – 2014

Tahun Kewangan Berakhir  31 DisemberDividen + Bonus [Sen/Unit]
20147.50 + 1.00
20137.70 + 1.00
20127.75 + 1.15
20117.65 + 1.15
20107.50 + 1.25
20097.30 + 1.25
20087.00 + 1.75
20078.00 + 1.00
20067.30 + 1.25
20057.25 + 1.75
20047.25 + 2.00
20037.25 + 2.00
20027.00 + 2.00
20017.00 + 3.00
20009.75 + 2.00
19998.50 + 1.50 + 2.0 [Bonus Khas]
19988.00 + 2.50
199710.25 + 1.25
199610.25 + 3.00 + 2.0 [Bonus Khas]
199510.00 + 3.00
19949.50 + 4.50
19939.00 + 4.50
19927.50 + 5.00
19918.50 + 4.00
19908.00 + 6.00

Kredit Info : Astroawani.com

5,727 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , ,

About the Author

Assalam, Saya Kamal Mustafa (KM). Mula berblogging pada hujung tahun 2007. Cuba mempraktikan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang awesome. Minat dengan fotografi tetapi tidaklah secara serius. Sering menghabiskan masa bersama keluarga. Baru-baru nie cuba berjinak-jinak berniaga kecil-kecilan menjual Ice Blended dan Burger

2 Enlightened Replies

Trackback  •  Comments RSS

  1. Kamal Mustafa says:

    @Akubiomed : Kalau banyak menyimpan. tue yang seronoknya
    Kamal Mustafa recently posted…Dividen dan bonus ASB dari tahun 1990 – 2014My Profile

  2. akubiomed says:

    Kalau boleh dapat penganggihan seperti tahun 1996 mahu ramai yang melompat kegembiraan. 🙂

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Top